LAPORAN PENDAKWAAN IMIGRESEN TERENGGANU

Mahkamah Sesyen Khas PATI Ajil, Hulu Terengganu telah mengendalikan prosiding pendakwaan melibatkan seramai 40 Orang Kena Tuduh (OKT) yang terdiri daripada 37 lelaki dan tiga perempuan atas kesalahan di bawah Akta Imigresen 1959/63.

Prosiding di hadapan YA Puan Nazlyza binti Muhammad Nazri dikendalikan oleh pasukan pendakwaan Unit Timbalan Pendakwa Raya, Jabatan Imigresen Malaysia Negeri Terengganu yang diketuai oleh TPPI Nur Ainul Sathilah binti Ahmad, bersama PIT Hafzan binti Mt Daud, PIK Mohd Izhar bin Razali, PI Mohd Azmer bin Alias, PI Hafizah binti Mansor dan PI Siti Katijah binti A Ghani.

Daripada jumlah tersebut, seramai 22 warga Indonesia, 13 warga Myanmar dan lima warga Bangladesh telah didakwa atas pelbagai kesalahan imigresen. Seramai 20 OKT didakwa di bawah Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/63 kerana masuk dan berada di Malaysia tanpa pas yang sah. Daripada jumlah tersebut, 19 OKT dijatuhi hukuman penjara antara lima hingga 10 bulan, manakala seorang lagi ditetapkan untuk sebutan semula pada 8 Disember 2026 bagi urusan dokumentasi dan representasi. Seorang daripada OKT yang dijatuhi hukuman penjara turut dikenakan satu sebatan selain hukuman penjara selama tujuh bulan.

Seramai 20 OKT lagi didakwa di bawah Seksyen 15(1)(c) Akta Imigresen 1959/63 kerana tinggal lebih masa. Daripada jumlah tersebut, 17 OKT dijatuhi hukuman penjara antara dua hingga 12 bulan, manakala tiga OKT dikenakan denda RM10,000 setiap seorang.

Secara keseluruhan, 36 OKT dijatuhi hukuman penjara, seorang daripada mereka turut dikenakan satu sebatan, tiga OKT dikenakan denda berjumlah RM30,000 manakala seorang lagi ditetapkan untuk sebutan semula.

Jabatan Imigresen Malaysia Negeri Terengganu akan terus melaksanakan pendakwaan secara tegas dan berterusan terhadap mana-mana individu yang melanggar peruntukan undang-undang imigresen demi memastikan kedaulatan dan keselamatan negara sentiasa terpelihara.

 

Sumber: Jabatan Imigresen Malaysia Negeri Terengganu

Artikel/Berita Terkini

PENGUATKUASAAN IMIGRESEN TERUS DIPERGIAT

Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) terus mempergiat operasi penguatkuasaan di seluruh negara bagi membanteras pelanggaran undang-undang imigresen. Sepanjang tempoh 19 hingga …

LAPORAN PENDAKWAAN IMIGRESEN TERENGGANU

Mahkamah Sesyen Khas PATI Ajil, Hulu Terengganu telah mengendalikan prosiding pendakwaan melibatkan seramai 40 Orang Kena Tuduh (OKT) yang terdiri …

SIRI 3: PRODUKTIVITI BURUH MENGIKUT NEGERI

Siaran Terkini : 29 Oktober 2026 PRESTASI PRODUKTIVITI BURUH MENGIKUT SEKTOR, 2025 Sektor Pertanian bertumbuh 2.3 peratus pada tahun 2025 …