Siaran Terkini : 29 Oktober 2026
PRESTASI PRODUKTIVITI BURUH MENGIKUT SEKTOR, 2025
Sektor Pertanian bertumbuh 2.3 peratus pada tahun 2025 berbanding 3.0 peratus pada tahun 2024. Nilai ditambah per penduduk bekerja meningkat kepada RM56,573 seorang (2024: RM55,300 seorang). Perlis mencatatkan pertumbuhan paling ketara, beralih daripada penguncupan 19.7 peratus pada tahun 2024 kepada 16.8 peratus pada tahun 2025, diikuti oleh Selangor 11.6 peratus (2024: -5.8%). Pada masa yang sama, lima (5) negeri mencatatkan kadar pertumbuhan yang melebihi kadar nasional, iaitu Perlis (16.8%), Selangor (11.6%), Sarawak (6.1%), Negeri Sembilan (4.9%) dan Sabah (4.1%). Sebaliknya, tujuh (7) negeri mencatatkan trend penurunan, iaitu Johor (-1.1%), Kedah (-11.9%), Melaka (-3.5%), Pulau Pinang (-4.3%), Perak (-3.5%), W.P. Kuala Lumpur (-1.1%) dan W.P. Putrajaya (-24.1%).
Sektor Perlombongan dan pengkuarian mencatatkan penguncupan marginal 0.1 peratus pada tahun 2025 berbanding pertumbuhan 1.0 peratus pada tahun 2024, dengan nilai ditambah per penduduk bekerja direkodkan RM1,290,563 seorang (2024: RM1,291,209 seorang). Walaupun sektor ini menguncup pada peringkat nasional, tujuh (7) negeri masih mencatatkan pertumbuhan produktiviti buruh yang positif, diterajui oleh Perak (6.7%), Selangor (6.1%) dan Negeri Sembilan (5.7%), diikuti Sabah (2.3%), W.P. Kuala Lumpur (2.2%), Sarawak (1.9%) dan Perlis (1.6%). Sebaliknya, Terengganu mencatatkan penguncupan 5.1 peratus, iaitu perubahan ketara berbanding pertumbuhan 11.0 peratus yang dicapai pada tahun 2024. Perubahan yang sama turut dicatatkan di Johor (-3.7%; 2024: 11.4%), Kelantan (-3.6%; 2024: 7.8%), Melaka (-0.2%; 2024: 5.2%) dan Pulau Pinang (-2.5%; 2024: 3.1%).
Sektor Pembuatan mengekalkan momentumnya dengan mencatatkan pertumbuhan produktiviti buruh 4.0 peratus pada tahun 2025 berbanding 3.2 peratus pada tahun 2024, dengan nilai ditambah per penduduk bekerja RM140,732 seorang (2024: RM135,351 seorang). Prestasi pertumbuhan produktiviti buruh yang positif dicatatkan di semua negeri kecuali Terengganu dan Sabah. Terengganu mencatatkan penguncupan 1.3 peratus (2024: 5.2%) manakala penguncupan di Sabah mengecil 0.1 peratus berbanding 4.4 peratus pada tahun 2024. Perak mencatatkan pertumbuhan tertinggi 15.5 peratus berbanding 4.4 peratus pada tahun 2024, diikuti oleh Kelantan yang mengukuh 11.6 peratus berbanding 1.0 peratus pada tahun sebelumnya.
Sektor Pembinaan terus mencatatkan pertumbuhan produktiviti buruh yang lebih perlahan iaitu 11.4 peratus pada tahun 2025 berbanding 16.9 peratus pada tahun 2024. Nilai ditambah per penduduk bekerja pula mencatatkan RM52,753 seorang (2024: RM47,357 seorang). Sabah merupakan penyumbang utama kepada pertumbuhan sektor ini, dengan mengekalkan pertumbuhan produktiviti buruh dua digit 27.6 peratus (2024: 23.3%). Dalam pada itu, pertumbuhan produktiviti buruh dua digit turut dicatatkan oleh Johor (24.0%), Kelantan (12.2%) dan Selangor (18.8%). W.P. Labuan kembali mencatatkan pertumbuhan 1.7 peratus pada tahun 2025 selepas mengalami penurunan 4.4 peratus pada tahun 2024. Sebaliknya, produktiviti buruh menguncup di Kedah (-2.1%; 2024: -15.8%), Melaka (-1.6%; 2024: 21.1%), Negeri Sembilan (-0.1%; 2024: 6.6%), Pahang (-1.4%; 2024: 11.8%), Perlis (-13.6%; 2024: 23.0%) dan Terengganu (-5.1%; 2024: 18.7%).
Sektor Perkhidmatan mencatatkan pertumbuhan 3.8 peratus pada tahun 2025, berbanding 3.5 peratus pada tahun 2024. Nilai ditambah per penduduk bekerja meningkat kepada RM99,403 seorang (2024: RM95,784 seorang). Sejajar dengan daya tahan sektor yang menyeluruh, semua negeri merekodkan pertumbuhan produktiviti buruh yang positif sepanjang tahun. Johor mencatatkan pertumbuhan produktiviti buruh 8.0 peratus, iaitu lebih daripada dua kali ganda kadar nasional bagi sektor Perkhidmatan. diikuti oleh Selangor (4.0%), W.P. Kuala Lumpur (4.0%) dan Sarawak (3.8%).
Sumber: Jabatan Perangkaan Malaysia



