RM17 JUTA UNTUK PROJEK RUMINAN SABAH 2026

RASMI: Jamawi (tengah) menyempurnakan perasmian kandang lembu itu.

KOTA KINABALU: Kerajaan Sabah memperuntukkan kira-kira RM17 juta bagi pelaksanaan Projek Ruminan Sabah 2026 untuk meningkatkan produktiviti ternakan lembu pedaging, lembu tenusu dan kambing menerusi penggunaan baka berkualiti tinggi.

Menteri Pertanian, Perikanan dan Industri Makanan Datuk Jamawi Jaafar berkata program itu bertujuan membantu penternak meningkatkan hasil ternakan memandangkan sebahagian besar masih menggunakan baka lama yang kurang produktif.

Jamawi berkata bantuan ternakan diserahkan kepada 43 penerima, terdiri daripada 19 peserta kategori ternakan kambing, 22 peserta ternakan lembu pedaging dan dua peserta ternakan lembu tenusu.

“Penerima dipilih dalam kalangan mereka yang mengikuti kursus khusus, memohon bantuan dan memulakan aktiviti penternakan masing-masing.

“Kita berharap semua penerima dapat menjaga ternakan yang dibekalkan dengan baik bagi memastikan baka berkenaan berkembang serta memberikan pulangan menguntungkan dalam jangka panjang,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Majlis Penyerahan Bantuan Ternakan dan Input Ladang Projek Ruminan Sabah 2026 di pejabat Jabatan Perkhidmatan Veterinar (DVS) Penampang, di sini.

Hadir sama Pembantu Menteri I, Datuk Ruslan Muharam; Timbalan Setiausaha Tetap Kementerian, Maria David Edick; Pengarah Jabatan Perkhidmatan Veterinar Sabah, Dr Zul Bahar Mohd Rashid dan pemilik Eco Yap Fresh Milk, Datuk Yap Yun Fook.

Katanya, ternakan yang dibekalkan mempunyai potensi pembiakan yang baik, sekali gus membantu meningkatkan jumlah ternakan dan kualiti baka dalam kalangan penternak tempatan.

“Program ini bertujuan menambah baik sektor ternakan ruminan, khususnya lembu pedaging, lembu tenusu dan kambing, melalui penggunaan baka yang lebih berkualiti.

“Sebahagian besar penternak kita masih menggunakan baka lama yang kurang produktif. Dengan bantuan ini, kita berharap hasil ternakan mereka dapat ditingkatkan,” katanya.

Jamawi berkata penerima bantuan lembu pedaging dan lembu tenusu berpotensi memperoleh kelahiran anak ternakan pertama dalam tempoh kira-kira dua hingga tiga bulan selepas penjagaan awal.

Sementara itu, kambing yang dibekalkan berusia antara setahun hingga setahun dua bulan.

Beliau berkata program berkenaan akan diteruskan pada tahun depan dengan kuantiti bantuan yang sama dan dirancang berlangsung sehingga 2030.

Dalam pada itu, Jamawi berkata pemantauan berterusan akan dilaksanakan pegawai DVS di daerah masing-masing bagi memastikan ternakan dijaga dengan baik dan bantuan digunakan mengikut tujuan ditetapkan.

“Penerima juga tertakluk kepada syarat tertentu, termasuk kehilangan wang cagaran sekiranya ternakan mati akibat kecuaian atau dijual tanpa kebenaran pihak jabatan.

“Sesiapa yang melanggar syarat berkenaan juga boleh disenarai hitam daripada menyertai program bantuan pada masa hadapan,” katanya.

 

 

#MalaysiaMadani
#MADANIBekerja
#RancakkanMADANI
#taatsetia
#KeselamatanNegaraTanggungjawabBersama
#mknsabah

 

 

Sumber: Utusan Borneo Online

Artikel/Berita Terkini

RM17 JUTA UNTUK PROJEK RUMINAN SABAH 2026

RASMI: Jamawi (tengah) menyempurnakan perasmian kandang lembu itu. KOTA KINABALU: Kerajaan Sabah memperuntukkan kira-kira RM17 juta bagi pelaksanaan Projek Ruminan …

291 PROJEK PEMBANGUNAN SIAP DI SABAH TAHUN INI HAJIJI

MESYUARAT: Hajiji (kanan) dan Timbalan Ketua Menteri, Datuk Seri Panglima Masidi Manjun (kiri) sebelum mesyuarat MTPNg di Menara Kinabalu, hari …

10 DITAHAN, KOMPAUN DAN RAMPASAN CECAH RM269,439 DI KUNAK

OPERASI: Pasukan keselamatan menjalankan pemeriksaan di kawasan setinggan dalam Operasi Gasak Laut dan Operasi Bersepadu di Kunak. KUNAK: Seramai 10 …