REHAT SEBAHAGIAN DARIPADA KITARAN PRODUKTIF

Baring seharian hujung minggu bukan dosa. Otak you sebenarnya tengah “recharge”. Ramai yang rasa bersalah lepas hujung minggu. Tak kemas rumah habis. Tak pergi gym. Tak siapkan side hustle. Cuma baring, tidur petang, tengok drama, makan. Lepas tu Isnin datang, dan suara dalam kepala cakap, “Malasnya aku ni. “Rupa-rupanya, otak pun ada “bateri”. Sepanjang minggu, otak kita kerja keras walaupun badan duduk atas kerusi. Buat keputusan, jawab mesej, tukar dari satu tugasan ke tugasan lain, layan notifikasi yang tak berhenti. Semua tu guna tenaga mental.

Seorang penyelidik neurosains pendidikan menjelaskan, otak perlukan masa tanpa tekanan untuk pulih daripada beban ini. Bila tuntutan luar berkurang, sistem perhatian dan fokus dapat berehat, dan otak dapat “susun semula” maklumat yang dikumpul sepanjang minggu. Bayangkan telefon yang dipakai dari pagi sampai malam tanpa cas. Bukan telefon tu rosak. Dia cuma perlu dicas. Rehat bukan lawan kepada produktif. Rehat sebahagian daripada kitaran produktif. Tapi ada satu perangkap yang ramai tak perasan. Baring lima jam sambil scroll telefon tak sama dengan rehat. Mata masih kejar video, otak masih proses berita, gosip, iklan dan mesej group kerja. Badan diam, tapi otak masih “bekerja”.

Sebab tu ada orang yang baring sepanjang Ahad, tapi Isnin masih rasa penat. Rehat yang betul-betul mengecas otak biasanya jenis yang kurang rangsangan. Tidur yang cukup, sekurang-kurangnya 7 jam semalam untuk orang dewasa menurut pakar tidur. Jalan santai petang. Dengar muzik. Baca bacaan ringan. Atau baring saja tanpa telefon di tangan, biar fikiran merayau. Kalau minggu ni you rasa bersalah sebab tak buat apa-apa hujung minggu lepas, cuba tukar soalan tu. Bukan “kenapa aku malas”, tapi “otak aku dapat rehat yang cukup tak? berjumpa doktor di klinik kesihatan berdekatan. Mesin pun kena servis. Otak you, yang kerja tujuh hari seminggu, layak dapat rehat tanpa rasa bersalah.

 

Sumber:Publichealthmalaysia

Artikel/Berita Terkini

NORMALISASIKAN UNTUK TIDAK TAG ORANG SELEPAS WAKTU PEJABAT

Kita perlu mula membiasakan satu perkara yang nampak kecil, tetapi sangat penting dalam budaya kerja. Kalau urusan itu tidak mendesak, …

REHAT SEBAHAGIAN DARIPADA KITARAN PRODUKTIF

Baring seharian hujung minggu bukan dosa. Otak you sebenarnya tengah “recharge”. Ramai yang rasa bersalah lepas hujung minggu. Tak kemas …

PRN MELAKA KE-16 CAWANGAN KHAS PERKUKUH KESIAPSIAGAAN DAN SINERGI KESELAMATAN

Melaka – Pengarah Cawangan Khas, YDH CP Dato’ Sri Ibrahim bin Darus, telah mengadakan lawatan kerja ke Ibu Pejabat Polis …