PERMOHONAN DAN KEMAS KINI STR 2027 KINI DIBUKA
Kementerian Kewangan (MOF) dan Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM) mengumumkan bahawa permohonan baharu serta kemas kini maklumat bagi Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2027 Fasa 1 kini telah dibuka secara rasmi. Langkah ini dilaksanakan bagi memastikan bantuan kerajaan disasarkan secara tepat kepada golongan yang memerlukan di bawah kerangka Malaysia MADANI.
Orang ramai diingatkan supaya melakukan urusan pendaftaran ini secara dalam talian melalui portal rasmi yang sah di pautan LHDNM Portal Rasmi STR. Pengguna hanya perlu mengikuti enam langkah mudah yang disediakan, bermula daripada log masuk, memuat naik dokumen sokongan, sehinggalah menghantar permohonan dan menyemak status.
Pihak berkuasa turut mengeluarkan amaran keras agar masyarakat sentiasa berwaspada dengan kewujudan akaun media sosial dan pautan palsu yang cuba mencuri maklumat peribadi. Semua pemohon dinasihatkan untuk tidak mendedahkan maklumat perbankan serta mendapatkan pengesahan terus daripada saluran rasmi kerajaan bagi mengelakkan ancaman sindiket penipuan siber.
BERHATI-HATI DENGAN PENYAMARAN
- Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (HASiL) tidak menyediakan perkhidmatan permohonan baharu, pengemaskinian atau semakan status Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2027 secara bergerak melalui pegawai yang hadir ke kediaman pemohon.
- Kementerian Kewangan Malaysia (MOF) dan Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (HASiL) menerima aduan berhubung kewujudan laman sesawang serta akaun media sosial palsu yang menggunakan nama Sumbangan Tunai Rahmah (STR) dan Sumbangan Asas Rahmah (SARA). Sehubungan itu, orang ramai dinasihatkan supaya tidak melayari pautan yang mencurigakan atau mendedahkan maklumat peribadi kepada pihak yang tidak disahkan. Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (HASiL) juga tidak melantik mana-mana individu untuk menjawab pertanyaan berkaitan STR melalui WhatsApp atau panggilan menggunakan nombor telefon peribadi.
- Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (HASiL) menegaskan bahawa talian bebas tol STR di 1-800-88-2747 tidak digunakan untuk membuat panggilan keluar secara langsung kepada orang ramai. Panggilan semula, sekiranya diperlukan, hanya dibuat kepada individu yang telah menghubungi talian bebas tol STR 2027 dan individu berkenaan akan dimaklumkan terlebih dahulu semasa aduan atau permohonan semakan diterima.
- Orang ramai diingatkan supaya sentiasa berwaspada terhadap sebarang cubaan penipuan yang menggunakan nama STR dan SARA. Jangan mudah terpedaya dengan tawaran atau maklumat yang meragukan serta sentiasa membuat pengesahan melalui saluran rasmi.
- Waspada Dengan Scammer. Berhati-Hati Dan Jangan Terpedaya
Sumber:
https://www.facebook.com/HASiLMalaysia/
https://bantuantunai.hasil.gov.my/Info/NotisAmaranSistem



