SEPANGGAR, Program MADANI Kita (PMK) @ Sepanggar, Sabah telah berlangsung dengan meriah di Dewan Masyarakat Manggatal dan dirasmikan oleh YB Datuk Ir. Ts. Mustapha bin Sakmud, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Sabah dan Sarawak).
Program anjuran Pejabat Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Sabah dan Sarawak) dengan kerjasama Jabatan Belia dan Sukan (Persekutuan) Negeri Sabah ini bertujuan mendekatkan perkhidmatan kerajaan kepada masyarakat.

Majlis Keselamatan Negara (MKN) Negeri Sabah turut menyertai program melalui pameran keselamatan, kuiz keselamatan dan perkhidmatan pendaftaran MyDigital ID bagi meningkatkan kesedaran masyarakat tentang keselamatan negara dan kepentingan identiti digital.

Penyertaan ini mencerminkan komitmen MKN Sabah dalam menyampaikan maklumat keselamatan kepada masyarakat serta memupuk kesedaran bahawa keselamatan negara merupakan tanggungjawab bersama.
#MalaysiaMadani
#MADANIBekerja
#RancakkanMADANI
#taatsetia
#KeselamatanNegaraTanggungjawabBersama
#mknsabah



