PENGAMBILAN BEKAS ANGGOTA KESELAMATAN SEBAGAI WARDEN ASRAMA DI SEKOLAH: IMPAK TERHADAP DISIPLIN PELAJAR

Cadangan melantik bekas anggota keselamatan sebagai warden asrama sepenuh masa semakin mendapat perhatian susulan krisis disiplin dan buli di sekolah berasrama.

Model ini telah dibuktikan berkesan oleh Majlis Amanah Rakyat (MARA). Menurut kenyataan Pengerusi MARA, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki, projek rintis pelantikan 16 bekas Angkatan Tentera Malaysia (ATM) sebagai warden di 8 MRSM termasuk MRSM Besut dan Balik Pulau telah menunjukkan hasil memberangsangkan.

Kajian 9 bulan oleh Universiti Putra Malaysia (UPM) melibatkan laporan 191 muka surat mendapati sifar kes buli direkodkan sepanjang tempoh, pemantauan lebih konsisten, tindak balas kebajikan lebih pantas dan suasana asrama lebih selamat, teratur dan kondusif.

Kejayaan itu mendorong MARA memperluaskan pengambilan ke semua 58 MRSM bermula 1 Januari 2027.

Impak kepada institusi sekolah adalah amat positif. Pertamanya adalah pengurangan beban guru. Guru tidak lagi perlu menjalankan peranan sebagai warden dan boleh memberi fokus penuh kepada bidang akademik.

Kedua pula, kehadiran warden yang kerap dan sistematik meminimumkan ruang buli dan vandalisme. Langkah ini disambut baik oleh Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (NUTP) dan menyokong cadangan warden sepenuh masa diperluaskan di hampir 1,900 sekolah berasrama KPM.

Dari sudut teladan dan empati, kriteria bekas tentera yang dipilih adalah tegas tetapi berhemah, ada empati dan mampu bina kepercayaan.

Secara rumusannya, kombinasi warden bekas anggota keselamatan ditambah guru adalah model terbaik untuk melahirkan pelajar berdisiplin dan berakhlak.

Sumber:

https://www.sinarharian.com.my/ampArticle/785666

https://www.bharian.com.my/amp/berita/nasional/2026/10/1670377/buli-cadangan-dana-khas-untuk-warden-sekolah-berasrama

Artikel/Berita Terkini

MKN SABAH SERTAI PROGRAM MADANI KITA: MEMAKNAI HARAPAN RAKYAT DI MANGGATAL, SEPANGGAR

SEPANGGAR, Program MADANI Kita (PMK) @ Sepanggar, Sabah telah berlangsung dengan meriah di Dewan Masyarakat Manggatal dan dirasmikan oleh YB …

PENGAMBILAN BEKAS ANGGOTA KESELAMATAN SEBAGAI WARDEN ASRAMA DI SEKOLAH: IMPAK TERHADAP DISIPLIN PELAJAR

Cadangan melantik bekas anggota keselamatan sebagai warden asrama sepenuh masa semakin mendapat perhatian susulan krisis disiplin dan buli di sekolah …

KAWAL AMARAH DARI MEROSAKKAN IMEJ PERKHIDMATAN AWAM

Bergaduh di dalam premis jabatan kerajaan bukan sahaja mencemarkan imej penjawat awam yang terlibat, malah menjejaskan reputasi seluruh organisasi di …