Kes Penemuan Mayat Bayi Tanpa Kepala di Hulu Terengganu: Di Mana Kepincangan dan Penyudahnya

Penemuan mayat bayi tanpa kepala di dalam longkang Taman Perumahan Padang Setengge, Hulu Terengganu pada 16 Oktober 2026 telah menggemparkan negara.

Kes terbongkar apabila seorang penduduk menemui sisa tubuh terdiri daripada sebelah tangan dan kedua-dua kaki ketika membasuh pakaian di belakang rumah.Hasil bedah siasat di Unit Forensik Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) mengesahkan bayi berusia 37-38 minggu atau 9 bulan, cukup bulan dan meninggal dunia lebih 24 jam sebelum ditemui.Ketua Polis Daerah Hulu Terengganu, Supt Sharudin Abdul Wahab memaklumkan, kesan koyakan tidak rata dan pucat pada tubuh membuktikan anggota badan hilang selepas kematian, bukan semasa hidup. Jantina tidak dapat dikenal pasti kerana organ pembiakan tiada.

Di mana kepincangan yang berlaku ?

Kes ini menunjukkan lompong sistem sokongan sosial. Suspek, wanita berusia 23 tahun, ditahan pada 18 Okt jam 3.30 petang di rumahnya dan direman 4 hari bermula 19 Okt hingga 21 Okt di Mahkamah Majistret Kuala Berang oleh Majistret Nur Athirah Hashim.Siasatan awal mendapati kelahiran disembunyikan secara sulit. Isu kehamilan luar nikah, tekanan keluarga dan kurangnya akses kepada tempat selamat seperti baby hatch memperlihatkan tindakan terdesak diambil oleh saspek.

Pihak Polis seterusnya telah membuka kertas siasatan di bawah Seksyen 318 Kanun Keseksaan kerana menyembunyikan kelahiran dengan membuang mayat secara sulit, hukuman penjara sehingga 2 tahun atau denda. Kes ini berjaya diselesaikan dalam tempoh 24 jam selepas penahanan suspek.

Menelusuri insiden-insiden seumpamanya untuk negeri Terengganu khususnya, ia merekodkan trend membimbangkan.Bagi tempoh 9 bulan pertama 2025, kes seumpamanya ini direkodkan sebanyak 70 kes rogol  iaitu 60 kes rogol dan 10 kes sumbang mahram, kekal sama dengan tahun sebelumnya.Mangsa termuda adalah berusia 6 tahun, dengan 55 kes melibatkan mangsa bawah umur 18 tahun. Punca utama dirumuskan berakibatkan pengaruh media sosial.

Bagi kes pembuangan bayi secara nasional, dari Jan hingga Mac 2026, 18 kes telah direkodkan. Kes terbaharu di Dungun melibatkan pelajar 19 tahun menyimpan mayat bayi 8 bulan dalam lokar asrama, membuktikan krisis berulang.

Penyelesaian tuntas semestinya memerlukan komunikasi keluarga, pendidikan seksual dan pemerkasaan pusat perlindungan wanita.Langkah membendung dari awal kemunculan adalah lebih baik dari langkah mengubati apabila ianya mula membarah.

Tepuk dada, tanyalah iman.

Sumber :

1.https://www.astroawani.com/berita-malaysia/mayat-bayi-tanpa-kepala-wanita-23-tahun-direman

2.https://www.sinarharian.com.my/ampArticle/798204

Artikel/Berita Terkini

Kenderaan Rosak Tersadai Di Parkir Awam dan Tepi Jalan: Impak dan Langkah Menangani

Fenomena kenderaan rosak, buruk dan terbiar yang ditinggalkan di petak parkir awam, PPR dan bahu jalan semakin kritikal.Di seluruh negara, …

Kes Penemuan Mayat Bayi Tanpa Kepala di Hulu Terengganu: Di Mana Kepincangan dan Penyudahnya

Penemuan mayat bayi tanpa kepala di dalam longkang Taman Perumahan Padang Setengge, Hulu Terengganu pada 16 Oktober 2026 telah menggemparkan …

DAH ADA TuJu? JOM TuJu!

Sebelum gerak, semak dulu! Rancang perjalanan dan pantau trafik lebuh raya di hujung jari anda. TuJu menyediakan navigasi perjalanan serta …