Saman kesalahan lalulintas adalah satu perkara yang selalu di kalangan rakyat. Ianya dekat di hati rakyat kerana melibatkan implikasi kewangan individu yang mana ditetapkan dalam jalur undang-undang negara.
Pada 20 Oktober 2026 diangkat cadangan Menteri Pengangkutan Anthony Loke menaikkan had maksimum kompaun kesalahan jalan raya daripada RM300 kepada RM500 di bawah pindaan Akta Pengangkutan Jalan 1987 (Akta 333). Walaupun pindaan telah berkuat kuasa 16 Oktober lalu, pelaksanaan kadar baharu hanya akan bermula 1 Januari 2029 selepas tempoh peralihan lebih dua tahun.
Nilai RM500 itu bukan kadar tetap, tetapi jumlah maksimum bergantung kepada jenis dan tahap keseriusan kesalahan.
Berbicara akan kesannya, semestinya langkah ini dilihat sebagai komitmen kerajaan membendung kemalangan yang membimbangkan, dengan harapan kenaikan kompaun menjadi peringatan agar pengguna lebih berdisiplin.
Namun persoalan utama dibangkitkan: sejauh mana kenaikan nilai kompaun mampu mengurangkan kemalangan secara ketara?
Kekuatan aspek penguatkuasaan semata-mata tidak memadai tanpa kesedaran sivik. Ramai pesalah tegar tidak takut jumlah saman kerana merasakan risiko ditangkap masih rendah. Kesalahan serius seperti memandu bawah pengaruh alkohol atau dadah langsung tidak boleh dibendung dengan kompaun sahaja kerana pemandu dalam keadaan tersebut tidak berfikir tentang saman. Isu warga asing memandu tanpa lesen sah juga perlu ditangani secara menyeluruh melalui pemeriksaan identiti.
Menyoroti isu pengeluaran saman di negeri Terengganu sebagai contoh,JPJ Terengganu merekodkan sebanyak 2,351 saman dikeluarkan dalam Op Khas Motosikal sahaja sepanjang 1 Jan hingga akhir Januari 2026 untuk keberhasilan pemeriksaan dari jumlah besar 7,438 kenderaan. Kesalahan utama tiada topi keledar dan ubah suai kenderaan.
Bagi agensi penguatkuasaan PDRM Terengganu, sepanjang Op Selamat Aidilfitri 26/2026 (6 hari), 7,059 saman dikeluarkan berbanding 3,557 pada 2025, peningkatan hampir 100%.
Kesimpulannya, cadangan kenaikan harga kompaun ini disokong secara prinsipnya tetapi menegaskan ia mesti disusuli dengan kepastian penguatkuasaan, pendidikan dan tindakan tegas terhadap kesalahan tidak boleh kompaun.
Sumber :
https://www.sinarharian.com.my/article/801124/suara-sinar/lidah-pengarang/saman-rm500-mampukah-kurangkan-kemalangan



