Siaran Terkini : 16 Oktober 2026
Gambaran Keseluruhan:
Penemuan statistik jenayah di Malaysia bagi tahun 2025 berbanding 2024 berpandukan Klasifikasi Antarabangsa Jenayah untuk Tujuan Statistik (ICCS):
- Bilangan kes bunuh meningkat 3.7 peratus pada 2025 daripada 243 kes (2024) kepada 252 kes. Peningkatan ini disebabkan oleh pertambahan kes bunuh dengan niat daripada 237 kes (2024) kepada 248 kes (2025).
- Bilangan kes keganasan rumah tangga menurun 8.3 peratus pada 2025 daripada 7,116 kes (2024) kepada 6,522 kes.
- Bilangan kes serangan seksual mencatatkan meningkat 14.3 peratus pada 2025 daripada 3,992 kes (2024) kepada 4,562 kes. Peningkatan ini disebabkan oleh pertambahan bilangan kes serangan seksual bukan fizikal dan kes serangan seksual fizikal iaitu masing-masing 32.2 peratus (2024: 919 kes; 2025: 1,215 kes) dan 8.9 peratus (2024: 3,073 kes; 2025: 3,347 kes).
- Bilangan kes samun berkurang daripada 3,394 kes pada 2024 kepada 3,108 kes pada 2025. Penurunan ini sebahagian besarnya berkaitan dengan kes samun terhadap individu yang 9.1 peratus daripada 3,313 kes (2024) kepada 3,010 kes.
- Bilangan kes kecurian harta persendirian meningkat 2.7 peratus pada 2025, daripada 17,997 kes (2024) kepada 18,477 kes. Peningkatan ini disebabkan oleh pertambahan kes kecurian harta persendirian daripada individu dengan 3.8 peratus daripada 15,771 kes (2024) kepada 16,369 kes (2025).
- Bilangan kes positif urin yang direkodkan oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM) pada 2025 menurun 2.6 peratus, daripada 157,014 kes (2024) kepada 152,856 kes.
- Bilangan kes penipuan bersemuka meningkat 85.3 peratus pada 2025, daripada 37,240 kes (2024) kepada 69,001 kes.
- Bilangan kes penyelewengan barang kawalan pada 2025 mencatatkan penurunan 15.3 peratus, daripada 2,245 kes (2024) kepada 1,901 kes. Penurunan ini disebabkan oleh penurunan kes penyelewengan bagi semua jenis barang kawalan, kecuali gas petroleum cecair (LPG) meningkat 71.6 peratus, daripada 204 kes (2024) kepada 350 kes (2025).
- Kes jenayah siber peningkatan lebih dua kali ganda pada 2025, daripada 708 kes pada 2024 kepada 1,486 kes, iaitu peningkatan 109.9 peratus. Manakala nilai kerugian melonjak daripada RM33 juta kepada RM238 juta.
Sumber: Jabatan Perangkaan Malaysia



