MYLAPOR: PERKASA AKTA 852

Suara anda, tanggungjawab bersama!

Kini, pelaporan kesalahan berkaitan produk merokok menjadi lebih mudah dengan kemudahan MyLapor dalam aplikasi MySejahtera.

Melalui kemudahan ini, orang ramai boleh menyalurkan aduan berkaitan pelanggaran Akta Kawalan Produk Merokok Demi Kesihatan Awam 2024 (Akta 852) bagi membantu Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) melaksanakan pemantauan dan penguatkuasaan dengan lebih berkesan.

Nampak kesalahan? Jangan berdiam diri! Gunakan MyLapor untuk menyalurkan aduan anda.

Bersama kita memainkan peranan dalam melindungi kesihatan masyarakat dan mewujudkan persekitaran yang lebih selamat untuk semua.

Pastikan aplikasi MySejahtera anda dikemas kini dan manfaatkan kemudahan MyLapor sekarang!

Menerusi MyLapor, orang ramai boleh mengemukakan aduan melalui aplikasi MySejahtera, mengimbas kod QR MyLapor atau mengakses pautan https://kkmhub.moh.gov.my/mylapor/public tanpa perlu bersemuka dengan individu yang melakukan kesalahan.

Setiap aduan akan disalurkan terus kepada Pejabat Kesihatan Daerah (PKD) terdekat berdasarkan lokasi kejadian.

 Sumber Kementerian Kesihatan Malaysia

 

Artikel/Berita Terkini

KESELAMATAN KOMUNITI DIPERKUKUH MELALUI APLIKASI VSP

Perkembangan teknologi digital membuka ruang kepada pendekatan baharu dalam memperkukuh keselamatan komuniti. Seiring dengan usaha tersebut, Polis Diraja Malaysia (PDRM) …

MYLAPOR: PERKASA AKTA 852

Suara anda, tanggungjawab bersama! Kini, pelaporan kesalahan berkaitan produk merokok menjadi lebih mudah dengan kemudahan MyLapor dalam aplikasi MySejahtera. Melalui …

STATISTIK JENAYAH, MALAYSIA, 2026

Siaran Terkini : 16 Oktober 2026 Gambaran Keseluruhan: Penemuan statistik jenayah di Malaysia bagi tahun 2025 berbanding 2024 berpandukan Klasifikasi …