169 PTI DITAHAN DALAM 25 OPERASI IMIGRESEN DI SABAH

TANGKAPAN: Antara pendatang asing tanpa izin (PTI) yang ditahan dalam operasi penguatkuasaan imigresen di Sabah.

KOTA KINABALU: Seramai 169 pendatang tanpa izin (PTI) ditahan Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Sabah menerusi kira-kira 25 operasi penguatkuasaan di tujuh daerah di negeri ini dalam tempoh lima hari, bermula 13 hingga 17 Oktober lalu.

Pengarah JIM Sabah, Datuk Sitti Saleha Habib Yussof, berkata operasi itu membabitkan pemeriksaan terhadap 530 individu di Kota Kinabalu, Tawau, Sandakan, Lahad Datu, Kudat, Tenom dan Keningau.

Beliau berkata, warga Filipina merekodkan jumlah tangkapan tertinggi iaitu 131 orang, diikuti 36 warga Indonesia dan dua warga Pakistan.

“Daripada jumlah warga Filipina yang ditahan, 53 adalah lelaki dewasa, 39 perempuan dewasa, 19 kanak-kanak lelaki dan 20 kanak-kanak perempuan.

“Bagi warga Indonesia, tangkapan membabitkan 14 lelaki dewasa, 15 perempuan dewasa, tiga kanak-kanak lelaki dan empat kanak-kanak perempuan, manakala dua warga Pakistan yang ditahan adalah lelaki dewasa,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Sitti Saleha berkata, operasi penguatkuasaan akan terus dipergiatkan secara berterusan di lokasi strategik seluruh Sabah bagi memastikan pematuhan undang-undang imigresen, selain membanteras kehadiran PTI.

Beliau turut mengingatkan orang ramai supaya tidak melindungi, menggaji atau membantu warga asing yang melanggar peruntukan undang-undang negara.

“Orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kegiatan PTI boleh menyalurkannya melalui Sistem Pengurusan Aduan Awam (SISPAA) di https://spab.gov.my atau Sistem Pertanyaan Online (SPO) menerusi https://eapp.imi.gov.my,” katanya.

 

 

#MalaysiaMadani
#MADANIBekerja
#RancakkanMADANI
#taatsetia
#KeselamatanNegaraTanggungjawabBersama
#mknsabah

 

 

Sumber: Utusan Borneo Online

Artikel/Berita Terkini

TIGA KELUARGA TINGGAL SEHELAI SEPINGGANG, RUMAH MUSNAH TERBAKAR

OPERASI: Anggota bomba menjalankan operasi memadam kebakaran rumah di Kampung Kogopon, Papar, yang musnah sepenuhnya dalam kejadian awal pagi tadi …

169 PTI DITAHAN DALAM 25 OPERASI IMIGRESEN DI SABAH

TANGKAPAN: Antara pendatang asing tanpa izin (PTI) yang ditahan dalam operasi penguatkuasaan imigresen di Sabah. KOTA KINABALU: Seramai 169 pendatang …

BOT KARGO BAWA EMPAT TAN MINYAK SAWIT MENTAH DITAHAN DI SANDAKAN

RAMPASAN: Bot kargo yang ditahan Maritim Malaysia kerana disyaki melanggar peraturan pemindahan minyak sawit mentah di perairan Sandakan. SANDAKAN: Sebuah …