BOT KARGO BAWA EMPAT TAN MINYAK SAWIT MENTAH DITAHAN DI SANDAKAN

RAMPASAN: Bot kargo yang ditahan Maritim Malaysia kerana disyaki melanggar peraturan pemindahan minyak sawit mentah di perairan Sandakan.

SANDAKAN: Sebuah bot kargo yang membawa kira-kira empat tan minyak sawit mentah (CPO) ditahan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) kerana disyaki melakukan pemindahan minyak berkenaan tanpa mematuhi peraturan di perairan Sandakan, awal pagi semalam.

Pengarah Maritim Zon Sandakan, Kepten Maritim Muhamad Suhairy Hussain berkata, bot berkenaan ditahan untuk pemeriksaan berhampiran sebuah tongkang dalam operasi bersepadu yang dijalankan susulan maklumat awam mengenai aktiviti mencurigakan.

Menurutnya, pemeriksaan turut menemukan minyak petrol, sebuah enjin pam dan dua enjin sangkut berkuasa 50 kuasa kuda (HP).

“Keseluruhan nilai rampasan membabitkan bot kargo dan semua barang kes dianggarkan RM63,792,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata, operasi itu dilaksanakan menerusi Op Sejahtera 1/2022, Op Khas Cegah Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI) Utara COVID-19 dan Op Tiris 4.0.

Katanya, hasil pemeriksaan mendapati bot berkenaan disyaki melakukan kesalahan mengikut Akta Lembaga Minyak Sawit Malaysia 1998 kerana gagal mempamerkan ikrar pergerakan domestik yang ditetapkan Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB).

“Bot itu turut disyaki melanggar Enakmen Pelabuhan dan Dermaga Sabah 2002 kerana gagal mempamerkan lesen bot.

“Bot kargo bersama barang kes dibawa ke jeti Ibu Pejabat Maritim Zon Sandakan untuk tindakan lanjut. Tiada individu ditahan dalam operasi berkenaan,” katanya.

Muhamad Suhairy berkata, Maritim Malaysia akan terus mempergiat rondaan dan penguatkuasaan bagi membanteras aktiviti menyalahi undang-undang, selain memastikan keselamatan serta kedaulatan perairan negara sentiasa terpelihara.

“Orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan aktiviti jenayah atau kecemasan di laut boleh menghubungi Pusat Operasi Ibu Pejabat Maritim Zon Sandakan di talian 089-229504 atau talian kecemasan 999,” katanya.

 

 

#MalaysiaMadani
#MADANIBekerja
#RancakkanMADANI
#taatsetia
#KeselamatanNegaraTanggungjawabBersama
#mknsabah

 

Sumber: Utusan Borneo Online

Artikel/Berita Terkini

169 PTI DITAHAN DALAM 25 OPERASI IMIGRESEN DI SABAH

TANGKAPAN: Antara pendatang asing tanpa izin (PTI) yang ditahan dalam operasi penguatkuasaan imigresen di Sabah. KOTA KINABALU: Seramai 169 pendatang …

BOT KARGO BAWA EMPAT TAN MINYAK SAWIT MENTAH DITAHAN DI SANDAKAN

RAMPASAN: Bot kargo yang ditahan Maritim Malaysia kerana disyaki melanggar peraturan pemindahan minyak sawit mentah di perairan Sandakan. SANDAKAN: Sebuah …

EX-SAKA GLENMARIE 2026 PERKUKUH KESIAPSIAGAAN DAN KERJASAMA BERSEPADU AGENSI

PETALING JAYA, 17 OKTOBER 2026 – Majlis Keselamatan Negara Negeri Selangor (MKN Selangor), Jabatan Perdana Menteri telah menganjurkan Latih Amal …