EX-SAKA GLENMARIE 2026 PERKUKUH KESIAPSIAGAAN DAN KERJASAMA BERSEPADU AGENSI

PETALING JAYA, 17 OKTOBER 2026 – Majlis Keselamatan Negara Negeri Selangor (MKN Selangor), Jabatan Perdana Menteri telah menganjurkan Latih Amal Exercise Situasi Ancaman Ketenteraman Awam (EX-SAKA) Glenmarie 2026 pada 17 Oktober 2026 bertempat di Dewan D’Kelana, Jalan Stadium, Petaling Jaya, Selangor.
Majlis perasmian telah disempurnakan oleh YB Dato’ Dr. Ahmad Fadzli bin Ahmad Tajuddin, Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor. Turut hadir ialah YBhg. Brigedier Jeneral Dato’ Pahlawan Safwan @ Asri bin Ismail, Panglima 11 Briged; YBhg. Dato’ Mohd Yazid bin Sairi, Datuk Bandar Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ); YDH SAC Ahmad Adnan bin Basri, Ketua Pusat Pengajian Ketenteraman Awam, Trafik dan Pencegahan Jenayah, Maktab PDRM Kuala Lumpur; serta Encik Muhammad Zahir Shah bin Md. Isa, Penolong Pengarah Kanan MKN Selangor, yang hadir mewakili Pengarah MKN Selangor.
Program ini melibatkan pelbagai jabatan dan agensi, antaranya Polis Diraja Malaysia (PDRM), Ibu Pejabat Polis Kontinjen Selangor (IPK Selangor), Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ), Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA), Agensi Pengangkutan Awam Darat (APAD), Prasarana Malaysia Berhad, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), Pejabat Kesihatan Daerah (PKD), Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM), serta Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM).
EX-SAKA Glenmarie 2026 bertujuan menguji tahap kesiapsiagaan, keberkesanan prosedur operasi dan koordinasi antara agensi dalam menghadapi ancaman ketenteraman awam, selaras dengan Arahan MKN No. 21: Pengurusan dan Pengendalian Situasi Ancaman Ketenteraman Awam.
Inisiatif ini turut memberi penekanan kepada pemahaman peranan dan tanggungjawab agensi, penyelarasan komunikasi serta kerjasama antara agensi keselamatan, jabatan kerajaan, pihak berkuasa tempatan, agensi kecemasan dan pengendali pengangkutan awam. Usaha ini penting bagi mengenal pasti ruang penambahbaikan dan memperkukuh keupayaan tindak balas secara bersepadu.
Secara keseluruhannya, program ini menjadi platform untuk memperkukuh kesiapsiagaan dan kerjasama strategik antara agensi dalam memelihara keselamatan serta ketenteraman awam.
Keselamatan Negara Tanggungjawab Bersama.
#MKNSelangor
#EXSAKAGlenmarie2026
#MalaysiaMADANI
#KeselamatanNegaraTanggungjawabBersama
#PemikiranStrategikPuncaKemenangan

Artikel/Berita Terkini

PAMERAN KOR AGAMA ANGKATAN TENTERA

PUSASDA – Kor Agama Angkatan Tentera (KAGAT) telah mengadakan pameran sempena Tamat Latihan Perajurit Muda Intake 206/2026 di Pusat Latihan …

TIGA KELUARGA TINGGAL SEHELAI SEPINGGANG, RUMAH MUSNAH TERBAKAR

OPERASI: Anggota bomba menjalankan operasi memadam kebakaran rumah di Kampung Kogopon, Papar, yang musnah sepenuhnya dalam kejadian awal pagi tadi …

169 PTI DITAHAN DALAM 25 OPERASI IMIGRESEN DI SABAH

TANGKAPAN: Antara pendatang asing tanpa izin (PTI) yang ditahan dalam operasi penguatkuasaan imigresen di Sabah. KOTA KINABALU: Seramai 169 pendatang …