PROGRAM LOKAKARYA MEMUGAR: MEMPERKASA BELIA GEN-Z 2026

Program Lokakarya Memugar: Memperkasa Belia Gen-Z 2026 telah dilaksanakan dengan jayanya pada 9 hingga 11 Oktober 2026 bertempat di Pusat Latihan Kenegaraan, Kem Ulu Sepri, Rembau dengan melibatkan seramai 100 penyertaan mahasiswa Universiti Teknologi MARA (UiTM) Cawangan Negeri Sembilan Kampus Seremban 3 dan Pelatih Institut Latihan Kementerian Kesihatan Malaysia (ILKKM) Kuala Pilah.

Antara objektif pelaksanaan program ini ialah  untuk  menerap pembentukan minda keselamatan di kalangan generasi muda selain memberi pendedahan secara terus kepada generasi muda berkenaan tanggungjawab agensi keselamatan dalam menjaga kedaulatan negara. Selain itu, program ini juga bertujuan memupuk semangat perpaduan dikalangan generasi muda dan mewujudkan kerjasama antara agensi keselamatan dengan generasi muda. Program ini juga berupaya memupuk semangat dan kesedaran dalam diri belia untuk bersama berganding bahu sebagai rakyat Malaysia bagi menjaga kedaulatan negara dan bersama-sama menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara yang selamat, aman, sejahtera dan berdaulat. Program ini juga melatih peserta untuk bersedia sebagai ejen lapangan untuk menyampaikan pengetahuan dan kesedaran mengenai kepentingan keselamatan kepada orang awam daripada pelbagai latar belakang.

Sepanjang program ini berlangsung selama tiga hari dua malam, para peserta didedahkan dengan situasi sebenar ancaman keselamatan melalui perkongsian bersama agensi seperti PDRM, JHEAINS, JPNIN, AADK dan MKN manakala pengetahuan berkenaan kenegaraan pula disampaikan oleh AKM Negeri Sembilan.

Bagi aktiviti luar pula, para peserta terlibat dalam aktiviti team building yang memfokuskan kepada aspek kepimpinan, keterampilan dan kerjasama peserta berbilang kaum yang akan dikendalikan oleh Akademi Kenegaraan Malaysia, Kem Ulu Sepri. Semoga pelaksanaan program ini dapat meningkatkan pengetahuan jati diri belia Gen-Z yang juga merupakan aset untuk menjadi pemimpin negara pada masa hadapan.

 

 

Artikel/Berita Terkini

KESIHATAN MENTAL, FIZIKAL WARGA KERJA JADI FOKUS MAIM

Ayer Keroh – Memupuk kesedaran mengenai pentingnya menjaga kesihatan mental dan fizikal dalam kalangan warga kerja menjadi fokus utama Sambutan …

KERAJAAN PERTINGKAT KEMPEN ANTIGANGGUAN SEKSUAL (AGS) BAGI MEWUJUDKAN PERSEKITARAN KONDUSIF

Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) terus komited dalam memperkasakan agenda perlindungan sosial menerusi pelaksanaan Kempen Antigangguan Seksual (AGS) …

BAHAYA MENGGUNAKAN BEKAS POLISTERIN UNTUK MEMBUNGKUS MAKANAN

Bekas makanan polisterin mungkin ringan dan mudah digunakan, tetapi kesannya kepada alam sekitar boleh berpanjangan. Penggunaan bekas makanan polisterin sudah …