BELANJAWAN MADANI 2027: APLIKASI AI NSRC KESAN SCAM PERKUKUH PERLINDUNGAN RAKYAT DARIPADA ANCAMAN PENIPUAN DIGITAL

Kerajaan MADANI menerusi Belanjawan 2027 memperkenalkan inisiatif pembangunan aplikasi kecerdasan buatan (AI) bagi memperkukuh keupayaan Pusat Respons Scam Kebangsaan (NSRC) dalam mengesan risiko penipuan digital dan membantu rakyat membuat semakan awal sebelum melakukan transaksi kewangan.

“Belanjawan 2027 memperkukuh keupayaan NSRC melindungi rakyat daripada ancaman scam dan jenayah siber.”
~YB Datuk Seri Saifuddin Nasution bin Ismail, Menteri Dalam Negeri.

Melalui inisiatif ini, rakyat bakal mendapat kemudahan untuk menyemak nombor telefon, akaun bank serta pautan mencurigakan bagi mengenal pasti potensi penipuan lebih awal, sekali gus mengurangkan risiko menjadi mangsa jenayah siber.

Penggunaan teknologi AI ini merupakan sebahagian daripada usaha Kementerian Dalam Negeri (KDN) memperkukuh keupayaan pencegahan jenayah komersial, meningkatkan keberkesanan respons NSRC serta membudayakan amalan keselamatan digital dalam kalangan masyarakat.

Kesan awal, semak dahulu, elak ditipu!

Sumber: Ucapan Belanjawan MADANI 2027/Kementerian Dalam Negeri

 

Artikel/Berita Terkini

PROGRAM LOKAKARYA MEMUGAR: MEMPERKASA BELIA GEN-Z 2026

Program Lokakarya Memugar: Memperkasa Belia Gen-Z 2026 telah dilaksanakan dengan jayanya pada 9 hingga 11 Oktober 2026 bertempat di Pusat …

JIMAT TENAGA ATAU CEKAP TENAGA – SAMA KE?

Ramai mungkin menganggap kedua-duanya sama, tetapi sebenarnya ada perbezaan. Jimat tenaga ialah usaha mengurangkan penggunaan tenaga, contohnya memadamkan lampu atau …

BELANJAWAN MADANI 2027: APLIKASI AI NSRC KESAN SCAM PERKUKUH PERLINDUNGAN RAKYAT DARIPADA ANCAMAN PENIPUAN DIGITAL

Kerajaan MADANI menerusi Belanjawan 2027 memperkenalkan inisiatif pembangunan aplikasi kecerdasan buatan (AI) bagi memperkukuh keupayaan Pusat Respons Scam Kebangsaan (NSRC) …