DASAR KESELAMATAN NEGARA (DKN) 2026-2030
NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 4: TADBIR URUS YANG BAIK
(Integrasi Dasar & Operasi)

Masjid Daerah Barat Daya semalam menjadi salah satu lokasi penganjuran Program Pemerkasaan Budaya Hidup Sihat POLYCC 2026, hasil kerjasama Masjid Daerah Barat Daya bersama Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti (JPPKK), Kementerian Pendidikan Tinggi. Program yang berlangsung dari jam 8.00 pagi hingga 1.00 tengah hari di perkarangan Masjid Daerah Barat Daya itu menghimpunkan hampir 100 orang pelajar serta 50 orang kakitangan Politeknik dan Kolej Komuniti dari seluruh Malaysia.
Penganjuran program ini mengetengahkan konsep gaya hidup sihat yang lebih menyeluruh dengan menggabungkan aspek kesihatan fizikal dan mental, kebersihan, penjagaan alam sekitar, kreativiti serta khidmat bakti kepada komuniti. Antara aktiviti yang menjadi tarikan ialah Fun Walk sejauh 5 kilometer, ceramah gaya hidup sihat, klinik pergigian bergerak, klinik pemeriksaan mata serta penglibatan Bahagian Penyelidikan Keselamatan Makanan. Turut diadakan pelbagai permainan yang menguji minda serta pameran kenderaan elektrik Tesla yang memberi pendedahan kepada peserta mengenai perkembangan teknologi dan mobiliti mesra alam.
Dalam usaha menyemai kesedaran terhadap kelestarian alam sekitar, para pelajar turut menghasilkan bakul 3R (Reduce, Reuse, Recycle) yang kemudiannya disumbangkan kepada Masjid Daerah Barat Daya. Program turut diserikan dengan aktiviti pengedaran pokok bunga kepada para peserta dan pengunjung.
Sumber : Masjid Daerah Barat Daya Pulau Pinang Official https://www.facebook.com/MDBDPP



