DISIPLIN DI JALAN RAYA: KESELAMATAN BERMULA DARIPADA KITA

Patuhi lampu isyarat merupakan salah satu peraturan jalan raya paling asas yang wajib dipatuhi oleh setiap pemandu dan penunggang di Malaysia. Kegagalan mematuhi arahan lampu isyarat bukan sahaja melanggar undang-undang, malah mengundang risiko kemalangan maut yang ngeri.

Bagi memastikan kelancaran trafik dan keselamatan bersama, Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) mengingatkan pengguna agar sentiasa mengamalkan perkara berikut:

  • Berhenti di lampu merah: Semua kenderaan wajib berhenti di belakang garisan penanda secara sepenuhnya.
  • Perlahan di lampu kuning: Bersedia untuk memberhentikan kenderaan, kecuali jika telah melepasi garisan berhenti
  • Bergerak di lampu hijau: Kenderaan dibenarkan bergerak jika keadaan persekitaran dipastikan selamat.

Disiplin yang tinggi ketika memandu mencerminkan keperibadian kita. Elakkan sikap terburu-buru yang boleh meragut nyawa insan tidak bersalah. Sentiasa ingat bahawa keselamatan bermula dari kita. Pandu cermat, amalkan toleransi, dan pastikan anda selamat sampai ke destinasi.

Sumber:

https://www.facebook.com/JPJWPKL?__cft__[0]=AZiQ-

https://www.jpj.gov.my/hubungi-kami/negeri/terengganu-jpj/

Artikel/Berita Terkini

PROGRAM JUALAN RAHMAH MADANI

DASAR KESELAMATAN NEGARA (DKN) 2026-2030 NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 4: TADBIR URUS YANG BAIK (Integrasi Dasar & Operasi) Program Jualan …

PROGRAM JUALAN RAHMAH MADANI

DASAR KESELAMATAN NEGARA (DKN) 2026-2030 NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 4: TADBIR URUS YANG BAIK (Integrasi Dasar & Operasi) Program Jualan …

DISIPLIN DI JALAN RAYA: KESELAMATAN BERMULA DARIPADA KITA

Patuhi lampu isyarat merupakan salah satu peraturan jalan raya paling asas yang wajib dipatuhi oleh setiap pemandu dan penunggang di …