JIMAT TENAGA ATAU CEKAP TENAGA – SAMA KE?

Ramai mungkin menganggap kedua-duanya sama, tetapi sebenarnya ada perbezaan.

Jimat tenaga ialah usaha mengurangkan penggunaan tenaga, contohnya memadamkan lampu atau peralatan elektrik apabila tidak digunakan.

Cekap tenaga pula bermaksud menggunakan tenaga dengan lebih optimum untuk mendapatkan hasil yang sama atau lebih baik, dengan penggunaan tenaga yang lebih rendah  antaranya melalui penggunaan peralatan elektrik yang cekap tenaga.

Di rumah, kita boleh amalkan kedua-duanya. Manfaatkan pencahayaan semula jadi, tetapkan penyaman udara pada suhu yang sesuai, gunakan mesin basuh dengan muatan penuh dan pilih kelengkapan elektrik yang mempunyai Label Cekap Tenaga 4-5 Bintang.

Apabila amalan jimat tenaga dan cekap tenaga digabungkan, impaknya lebih besar  membantu mengurangkan pembaziran tenaga, mengoptimumkan penggunaan elektrik dan menyokong penggunaan tenaga yang lebih mampan.

Jadi, jangan sekadar jimat. Gunakan tenaga dengan cekap, dan jadikan kedua-duanya amalan harian.

#Sumber : Suruhanjaya Tenaga  Malaysia
#JadilahBijakTenaga
#CekapTenaga
#KecekapanTenaga

Artikel/Berita Terkini

LOGHAT UNIK TERENGGANU

Loghat Terengganu atau “Cakak Tranung” terkenal dengan ciri khas seperti penukaran bunyi hujung kepada sengau “-ng”, penggunaan kata penegas (penguat) …

JIMAT TENAGA ATAU CEKAP TENAGA – SAMA KE?

Ramai mungkin menganggap kedua-duanya sama, tetapi sebenarnya ada perbezaan. Jimat tenaga ialah usaha mengurangkan penggunaan tenaga, contohnya memadamkan lampu atau …

PERLUMBAAN EPIK DI AWANAN: KISAH DI SEBALIK PEMBINAAN KLCC

Kisah pembinaan Menara Berkembar Petronas (KLCC) merupakan antara diari kejuruteraan paling dramatik dalam sejarah moden. Diilhamkan oleh Tun Dr. Mahathir …