DASAR KESELAMATAN NEGARA (DKN) 2026-2030
NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 4: TADBIR URUS YANG BAIK
(Integrasi Dasar & Operasi)

Program Gaya Hidup Sihat peringkat Ibu Pejabat Polis Daerah Timur Laut telah dilaksanakan dengan aktiviti senamrobik beramai-ramai yang disertai oleh pegawai kanan polis, pegawai rendah polis dan pegawai awam di Dewan Latihan, Tingkat 6, IPD Timur Laut.
Program dimulakan dengan sesi regangan dan pemanasan badan kemudian diteruskan dengan aktiviti senamrobik. Penganjuran program kali ini menampilkan kelainan dalam pengisian aktiviti bagi mewujudkan suasana yang lebih menarik, interaktif dan memberi impak positif kepada semua warga IPD Timur Laut.
Program ini bertujuan memupuk kesedaran serta membudayakan amalan gaya hidup sihat dalam kalangan warga kerja melalui aktiviti fizikal yang dapat meningkatkan tahap kecergasan, kesejahteraan dan produktiviti dalam melaksanakan tugas.
Sumber : IPD TIMUR LAUT PULAU PINANG https://www.facebook.com/ipdtimurlaut



