DASAR KESELAMATAN NEGARA (DKN) 2026-2030
NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 4: TADBIR URUS YANG BAIK
(Integrasi Dasar & Operasi)

Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (BSPT), Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Timur Laut bersama pihak Balai Polis Pulau Tikus telah melaksanakan Operasi Samseng Jalanan di kawasan Pulau Andaman, Gurney Drive, Pulau Pinang.
Hasil operasi yang dijalankan, sebanyak 65 buah motosikal telah diperiksa dan tindakan saman juga telah dikeluarkan atas pelbagai kesalahan trafik. Sebanyak 10 buah motosikal pula telah disita di bawah Sek 64(1) Akta Jabatan Pengangkutan Jalan 1987. Pelaksanaan operasi ini bertujuan membanteras aktiviti lumba haram serta kesalahan berkaitan pengubahsuaian kenderaan yang menyebabkan bunyi bising dan mengganggu ketenteraman awam.
Selain itu, operasi ini turut memberi tumpuan kepada usaha meningkatkan tahap pematuhan pengguna jalan raya terhadap undang-undang dan peraturan lalu lintas, sekali gus mengurangkan risiko kemalangan jalan raya, khususnya kemalangan maut.
Sumber : IPD TIMUR LAUT PULAU PINANG https://www.facebook.com/ipdtimurlaut



