𝙞-𝗞𝗔𝗗 adalah dokumen penting yang dikeluarkan oleh Jabatan Imigresen Malaysia untuk pemegang Pas Lawatan Kerja Sementara PL(KS). Kad ini diberikan secara percuma kepada pemegang Pas Lawatan Kerja Sementara PL(KS) dan berfungsi sebagai pengenalan diri bagi pekerja asing yang bekerja di Malaysia. Pastikan pekerja asing sentiasa membawa 𝙞-𝗞𝗔𝗗 dan menunjukkan kepada pihak berkuasa apabila diminta.

𝗣𝗥𝗢𝗦𝗘𝗦 𝗦𝗘𝗥𝗔𝗛𝗔𝗡 𝙞-𝗞𝗔𝗗
Proses serahan 𝙞-𝗞𝗔𝗗 adalah sangat mudah dan ringkas.
Khas untuk pemegang Pas Lawatan Kerja Sementara PL(KS) tahun pertama atau lanjutan
Permohonan baru atau lanjutan PL(KS) telah diluluskan
𝙞-𝗞𝗔𝗗 akan dicetak dengan maklumat pekerja asing
𝙞-𝗞𝗔𝗗 yang telah siap dicetak boleh dituntut di Pejabat Pekerja Asing, Jabatan Imigresen Malaysia mengikut alamat yang telah ditetapkan.
Sumber: Jabatan Imigresen Malaysia/ Jabatan Imigresen Negeri Terengganu



