DASAR KESELAMATAN NEGARA (DKN) 2026-2030
NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 4: TADBIR URUS YANG BAIK
(Integrasi Dasar & Operasi)

Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Pulau Pinang hari ini telah menerima Kunjungan Hormat daripada YBhg. Dato’ Seri Lee Teong Li, Pengerusi Federation of Malaysian Manufacturing (FMM) ke atas YBrs. Tuan Hasbollah bin Din, Pengarah Kastam Negeri Pulau Pinang. Kunjungan hormat ini menjadi platform strategik dalam memperkukuh hubungan kerjasama serta jaringan sinergi antara JKDM Pulau Pinang dan komuniti industri pembuatan, khususnya dalam memperkasa kelancaran urusan perdagangan, pematuhan perundangan kastam serta penyampaian perkhidmatan yang lebih cekap dan berkesan.
Perbincangan turut mencerminkan komitmen berterusan kedua-dua pihak dalam memahami keperluan industri, memperkukuh komunikasi dua hala serta meneroka ruang kerjasama yang dapat menyokong ekosistem perdagangan dan perindustrian di Pulau Pinang. JKDM Pulau Pinang kekal komited untuk terus memperkukuh hubungan strategik bersama pihak industri berlandaskan prinsip KOMPETEN. INTEGRITI. TEGAS, demi memastikan kelancaran perdagangan, pematuhan perundangan dan kepentingan negara sentiasa terpelihara.
Sumber : Jabatan Kastam Diraja Malaysia Pulau Pinang https://www.facebook.com/JKDMPP



