PENGHANTARAN UBAT MELALUI POS SECARA PERCUMA BERMULA 1 OKT 2026

Kementerian Komunikasi menerusi Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (MCMC) akan membantu Kementerian Kesihatan (KKM) membuat penghantaran ubat melalui pos secara percuma, kepada pesakit yang memohon perkhidmatan itu mulai 1 Oktober ini.

Menurut Menteri Komunikasi, Datuk Seri Fahmi Fadzil, inisiatif itu akan dilaksanakan di seluruh negara melalui peruntukan dana kira-kira RM5 juta.

“Kalau sebelum ini pesakit perlu membayar untuk penghantaran ubat melalui pos tetapi mulai 1 Oktober semua yang terlibat dalam program ini tidak lagi perlu membayar dan akan ditanggung sepenuhnya oleh pihak kerajaan melalui MCMC,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas meninjau perkembangan Projek Inisiatif Pemacu Ekosistem dan Ketersambungan Kesihatan Digital Negara (PERSADA) di Klinik Kesihatan Padang Besar, Perlis.

Pada Jun lalu, Datuk Seri Fahmi dilaporkan berkata, kerajaan akan menanggung sepenuhnya kos penghantaran ubat kepada kira-kira 80,000 pesakit sebulan, menerusi Program Ubat Melalui Pos (UMP) hasil kerjasama MCMC dan KKM.

Sumber: Berita RTM

Infografik: BERNAMA 

Artikel/Berita Terkini

MURID TAHUN 2 MAUT, NENEK PARAH TERBABIT KEMALANGAN DALAM PERJALANAN KE SEKOLAH

Setiu: Seorang murid perempuan Tahun Dua maut manakala neneknya cedera parah selepas motosikal dinaiki terbabit kemalangan di hadapan Sekolah Kebangsaan …

BEKALAN DARAH NEGARA: MENGAPA KITA SENTIASA MEMERLUKAN PENDERMA?

Darah merupakan satu keperluan penting dalam sistem kesihatan sesebuah negara. Setiap hari, terdapat pesakit yang memerlukan darah akibat kemalangan, pembedahan, …

MANFAAT PELUH KEPADA KESIHATAN

Peluh merupakan cecair yang dihasilkan oleh kelenjar peluh pada kulit manusia. Pengeluaran peluh biasanya berlaku apabila seseorang melakukan aktiviti fizikal, …