PERINGKAT PENDIDIKAN MENGIKUT KATEGORI UMUR DI MALAYSIA

Pendidikan di Malaysia merangkumi pelbagai peringkat bagi memastikan setiap individu mendapat peluang pembelajaran yang sesuai mengikut tahap umur, perkembangan dan keperluan masing-masing.

Berikut merupakan peringkat umur dan tahap pembelajaran asas yang sewajarnya diterima di Malaysia :

0–4 tahun – Pendidikan Awal Kanak-kanak
Melibatkan taska dan pusat asuhan yang memberi penekanan kepada perkembangan asas fizikal, emosi, sosial, komunikasi dan pembentukan awal sahsiah.

4–6 tahun – Pendidikan Prasekolah
Membantu kanak-kanak membina asas pembelajaran, kemahiran berkomunikasi, kreativiti, keyakinan diri serta kemahiran sosial sebelum memasuki alam persekolahan.

7–12 tahun – Pendidikan Rendah
Memberikan asas kukuh dalam membaca, menulis, mengira, ilmu pengetahuan, nilai murni dan kemahiran sosial.

13–17 tahun – Pendidikan Menengah
Memperkembangkan ilmu akademik, kemahiran berfikir, sahsiah, kepimpinan dan persediaan ke alam pengajian tinggi atau pekerjaan.

18 tahun ke atas – Pendidikan Lepasan Menengah dan Tinggi
Merangkumi pendidikan di kolej, politeknik, institusi kemahiran, universiti serta pendidikan dan latihan teknikal dan vokasional (TVET).

Selain itu, pendidikan sepanjang hayat pula terbuka kepada semua peringkat umur melalui kursus, latihan kemahiran, pembelajaran digital dan peningkatan profesional.

Keseluruhannya, kesinambungan pendidikan daripada usia kanak-kanak hingga dewasa merupakan asas penting dalam membentuk insan berilmu, berkemahiran, berakhlak dan mampu menyumbang kepada masyarakat serta negara, selaras dengan aspirasi Malaysia MADANI.

Sumber : Kementerian Pendidikan Malaysia

Artikel/Berita Terkini

PROGRAM JUALAN RAHMAH MADANI

DASAR KESELAMATAN NEGARA (DKN) 2026-2030 NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 4: TADBIR URUS YANG BAIK (Integrasi Dasar & Operasi) Program Jualan …

PROGRAM JUALAN RAHMAH MADANI

DASAR KESELAMATAN NEGARA (DKN) 2026-2030 NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 4: TADBIR URUS YANG BAIK (Integrasi Dasar & Operasi) Program Jualan …

PROGRAM JUALAN RAHMAH MADANI

DASAR KESELAMATAN NEGARA (DKN) 2026-2030 NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 4: TADBIR URUS YANG BAIK (Integrasi Dasar & Operasi) Program Jualan …