PENUBUHAN LEMBAGA KEMAJUAN TANAH PERSEKUTUAN (FELDA)

Pada 1 Julai dalam tahun 1956, Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan atau Federal Land Development Authority (FELDA) ditubuhkan menerusi penggubalan Undang-Undang Kemajuan Tanah 1956 (Land Development Ordinance of 1956). D.E.M. Fiennes dilantik sebagai pengerusi pertama FELDA berkuatkuasa pada 1 Ogos 1956. Pada fasa pertama penubuhannya, iaitu pada tahun 1956 hingga tahun 1960, FELDA menjalankan pembangunan tanah yang dirancang selari dengan Rancangan Malaya Pertama. Sebagai permulaan, pada Mac 1957 FELDA menyalurkan dana kepada Projek Rancangan Tanah Air Lanas, Kelantan, iaitu projek sulung yang menerima pembiayaan FELDA. Selepas Persekutuan Tanah Melayu mencapai kemerdekaan pada tahun 1957, FELDA secara rasmi diletakkan di bawah Kementerian Sumber Asli. FELDA Lurah Bilut, Pahang menjadi rancangan pertama yang dibuka oleh FELDA dalam tempoh pasca kemerdekaan, iaitu pada tahun 1959.  Seramai 28 peneroka dipilih untuk meneroka dan mendiami kawasan ini.

-Kemaskini 2025-

Sumber : Arkib Negara Malaysia

Artikel/Berita Terkini

MKN SELANGOR PERKASA KESEDARAN KESELAMATAN NEGARA MELALUI PROGRAM BICARA EKSEKUTIF GURU MUDA MADANI 2026

SUNGAI BULOH, 5 NOVEMBER 2026 – Majlis Keselamatan Negara (MKN) Negeri Selangor, Jabatan Perdana Menteri dengan kerjasama strategik Jabatan Pendidikan …

PENGHANTARAN PULANG DAN PENEMPATAN SEMULA KEKAL SEBAGAI KEUTAMAAN

Kementerian Dalam Negeri (KDN) bersama Kementerian Luar Negeri terus mengusahakan kerjasama dengan negara asal dan negara ketiga bagi penyelesaian jangka …

DOKUMEN PENDAFTARAN PELARIAN (DPP)

TUJUAN DOKUMEN PENDAFTARAN PELARIAN (DPP) Dokumen Pendaftaran Pelarian (DPP) bertujuan membantu Kerajaan mengurus pelarian di Malaysia secara lebih tersusun, selamat …