SURVEI PELANCONGAN DOMESTIK (NEGERI) 2025

Siaran Terkini : 15 September 2026

Gambaran Keseluruhan

Pengenalan

Laporan ini membentangkan statistik berkaitan pelancongan domestik bagi setiap negeri di Malaysia. Statistik tahunan yang dibentangkan dalam penerbitan ini diperoleh daripada Survei Pelancongan Domestik, 2025. Statistik utama yang dilaporkan adalah berkaitan dengan indikator utama prestasi pelancongan domestik seperti bilangan ketibaan pelawat domestik, jumlah perjalanan, jumlah terimaan, dan purata bilangan hari menginap (ALOS). Selain itu, statistik berkaitan dengan trend perjalanan bermalam dan profil sosial & demografi pelawat domestik bagi setiap negeri turut disertakan dalam penerbitan ini.

Prestasi Pelancongan Domestik mengikut Negeri 2025

Malaysia merekodkan 290.1 juta pelawat domestik pada tahun 2025, meningkat 11.5 peratus berbanding tahun sebelumnya. Sejajar dengan itu, perbelanjaan pelancongan domestik meningkat 13.6 peratus kepada RM121.3 bilion pada tahun 2025.

W.P Kuala Lumpur muncul sebagai negeri yang mencatatkan jumlah terimaan pelancongan domestik tertinggi iaitu berjumlah RM16.9 bilion, diikuti oleh Selangor (RM15.8 bilion) dan Pahang (RM9.8 bilion).

Membeli-belah kekal sebagai penyumbang utama kepada terimaan pelancongan di semua negeri termasuk di peringkat nasional iaitu berjumlah RM44.8 bilion. Di peringkat negeri, W.P Kuala Lumpur mendahului dengan RM7.9 bilion, diikuti Selangor (RM6.7 bilion) dan Sarawak (RM3.6 bilion). Sementara itu, perbelanjaan makanan & minuman mencatatkan jumlah RM19.5 bilion di peringkat Malaysia. Selangor merekodkan terimaan tertinggi untuk makanan & minuman iaitu RM2.5 bilion, diikuti oleh W.P Kuala Lumpur (RM2.3 bilion) dan Perak (RM1.6 bilion). Seterusnya komponen terimaan ketiga tertinggi perbelanjaan adalah untuk pembelian bahan api iaitu berjumlah RM16.4 bilion, Selangor merekodkan terimaan tertinggi untuk komponen ini iaitu berjumlah RM2.2 bilion, diikuti oleh W.P Kuala Lumpur (RM1.6 bilion) dan Pahang (RM1.4 bilion).

Pada tahun 2025, melawat saudara-mara & rakan merupakan tujuan utama pelawat domestik bagi Johor, Kedah, Kelantan, Perlis, Terengganu, Sabah, W.P Labuan dan W.P Putrajaya, manakala, membeli-belah merupakan tujuan utama bagi perjalanan ke negeri selebihnya. Sementara itu, purata bilangan hari menginap (ALOS) nasional adalah 2.56 malam, menunjukkan peningkatan berbanding 2.49 malam pada 2024. Beberapa negeri merekodkan ALOS melebihi peringkat nasional iaitu Johor (2.68 malam), Kedah (2.82 malam), Kelantan (2.98 malam), Pulau Pinang (2.65 malam), Terengganu (2.76 malam), Sabah (3.15 malam) dan Sarawak (3.10 malam).

Berdasarkan profil sosial & demografi, 11 negeri iaitu Johor, Melaka, Negeri Sembilan, Pahang, Pulau Pinang, Perak, Selangor, Sarawak, W.P Kuala Lumpur, W.P Labuan dan W.P Putrajaya menerima majoriti pelawat domestik daripada isi rumah yang berpendapatan di antara RM5,001 dan RM10,000 sebulan, manakala Sabah menerima majoriti pelawat domestik daripada isi rumah yang berpendapatan di antara RM3,001 dan RM5,000 sebulan. Sementara itu, empat negeri iaitu Kedah, Kelantan, Terengganu dan Perlis merekodkan peratusan tertinggi pelawat domestik daripada isi rumah berpendapatan RM1,001 hingga RM3,000 sebulan.

Sumber: Jabatan Perangkaan Malaysia

 

Artikel/Berita Terkini

PROGRAM JUALAN RAHMAH MADANI

DASAR KESELAMATAN NEGARA (DKN) 2026-2030 NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 4: TADBIR URUS YANG BAIK (Integrasi Dasar & Operasi) Program Jualan …

PROGRAM JUALAN RAHMAH MADANI

DASAR KESELAMATAN NEGARA (DKN) 2026-2030 NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 4: TADBIR URUS YANG BAIK (Integrasi Dasar & Operasi) Program Jualan …

PROGRAM JUALAN RAHMAH MADANI

DASAR KESELAMATAN NEGARA (DKN) 2026-2030 NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 4: TADBIR URUS YANG BAIK (Integrasi Dasar & Operasi) Program Jualan …