ETIKA BATUK DAN BERSIN YANG SELAMAT

Selain kelihatan sopan, etika batuk dan  bersin adalah cara selamat untuk menguruskan gejala dalam masa yang sama melindungi orang sekeliling anda dari risiko penyakit berjangkit respiratori yang tersebar melalui titisann pernafasan apabila individu bergejala bersin dan batuk.

Justeru, amat penting bagi setiap lapisan masyarakat mengamalkan etika ini bagi mengelakkan penyebaran jangkitan terutamanya ditempat awam. Tutup mulut dan hidung menggunakan tisu atau bahagian dalam siku ketika batuk dan bersin, serta amalkan kebersihan tangan selepas itu. Tegur sekiranya perlu, saling berpesan dan jadikan ia kebiasaan yang baharu.

Pada masa yang sama, individu yang mengalami gejala respiratori hendaklah mengambil langkah berjaga-jaga bagi mengurangkan risiko menjangkiti orang lain. Tegur dengan cara yang berhemah sekiranya perlu, saling berpesan dan jadikan amalan ini sebagai satu kebiasaan dalam kehidupan seharian. Amalan kecil yang dilakukan bersama mampu membantu mewujudkan persekitaran yang lebih sihat dan selamat untuk semua.

Sumber:Kementeriankesihatanmalaysia

Artikel/Berita Terkini

TARIKH PENTING PELAKSANAAN SISTEM AMARAN AWAL (EWS)

Sistem Amaran Awal (EWS) akan dilaksanakan secara berfasa sebelum beroperasi sepenuhnya. Beberapa peringkat pengujian akan dijalankan bagi memastikan sistem berfungsi …

NADMA PERKASA PROSEDUR OPERASI DAN PENGENDALIAN BENCANA NEGARA

Shah Alam – Pengurusan bencana yang berkesan memerlukan prosedur operasi dan garis panduan yang jelas serta terselaras. Sehubungan itu, Agensi …

Projek Naik Taraf Gerai Tok Lam

Pejabat Pembangunan Persekutuan Negeri Terengganu (ICU JPM Terengganu) bersama Majlis Bandaraya Kuala Terengganu (MBKT) terus komited memantau kelancaran projek menaik …