TIGA RUMAH MUSNAH DALAM KEBAKARAN DI KAMPUNG TITINGAN

KEBAKARAN: Kebakaran musnahkan tiga rumah di Kampung Titingan, di sini.

TAWAU: Tiga rumah tidak kekal musnah sepenuhnya dalam kebakaran di Kampung Titingan, di sini, awal pagi Jumaat.

Bagaimanapun, tiada mangsa dilaporkan terbabit dalam kejadian selepas Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) menerima panggilan kecemasan pada jam 5.03 pagi.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Tawau, Timbalan Penguasa Bomba Jemishin Ujin berkata, seramai 18 anggota bersama jentera FRT, CFRT, EMRS dan lori tangki air digerakkan ke lokasi.

Katanya, pasukan bomba tiba enam minit kemudian dan mendapati kebakaran membabitkan tiga rumah tidak kekal yang terbakar 100 peratus.

“Operasi pemadaman dijalankan menggunakan dua aliran hos sepanjang kira-kira 122 meter dengan enam pancutan air daripada jentera FRT dan lori tangki air.

“Seramai 10 anggota Pasukan Bomba Sukarela (PBS) Kampung Titingan turut membantu dengan membentangkan satu aliran hos sepanjang kira-kira 61 meter serta satu pancutan,” katanya dalam kenyataan.

Menurutnya, operasi mengawal dan memadam kebakaran masih giat dijalankan, manakala polis turut berada di lokasi bagi membantu operasi.

 

#MalaysiaMadani
#MADANIBekerja
#RancakkanMADANI
#taatsetia
#KeselamatanNegaraTanggungjawabBersama
#mknsabah

 

Sumber: Utusan Borneo Online

Artikel/Berita Terkini

MKN SELANGOR PERKASA KESEDARAN KESELAMATAN NEGARA MELALUI PROGRAM BICARA EKSEKUTIF GURU MUDA MADANI 2026

SUNGAI BULOH, 5 NOVEMBER 2026 – Majlis Keselamatan Negara (MKN) Negeri Selangor, Jabatan Perdana Menteri dengan kerjasama strategik Jabatan Pendidikan …

PENGHANTARAN PULANG DAN PENEMPATAN SEMULA KEKAL SEBAGAI KEUTAMAAN

Kementerian Dalam Negeri (KDN) bersama Kementerian Luar Negeri terus mengusahakan kerjasama dengan negara asal dan negara ketiga bagi penyelesaian jangka …

DOKUMEN PENDAFTARAN PELARIAN (DPP)

TUJUAN DOKUMEN PENDAFTARAN PELARIAN (DPP) Dokumen Pendaftaran Pelarian (DPP) bertujuan membantu Kerajaan mengurus pelarian di Malaysia secara lebih tersusun, selamat …