OPERASI BERSEPADU

DASAR KESELAMATAN NEGARA (DKN) 2026-2030

NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 4: TADBIR URUS YANG BAIK

(Integrasi Dasar & Operasi)

 

Majlis Bandaraya Seberang Perai (MBSP) sentiasa memastikan aktiviti penjajaan di Seberang Perai dilaksanakan mengikut peraturan dan mempunyai lesen atau kebenaran yang sah.
Dalam Operasi Bersepadu Penguatkuasaan Penjaja yang dilaksanakan pada 12 September 2026, MBSP bersama agensi strategik melibatkan Jabatan Pelesenan dan Kesihatan Persekitaran, Direktorat Penguatkuasaan, Jabatan Perkhidmatan Perbandaran, Jabatan Imigresen Malaysia dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah turun padang menjalankan pemeriksaan dan tindakan penguatkuasaan.
Operasi melibatkan kawasan Pasar Malam Taman Pelangi, sekitar Taman Pelangi dan hadapan Kompleks Makanan Evoke. 51 penjaja dikenakan tindakan kerana berniaga tanpa lesen atau kebenaran yang sah daripada MBSP.
📍 45 penjaja – Pasar Malam Taman Pelangi
📍 4 penjaja – sekitar Taman Pelangi
📍 2 penjaja – hadapan Kompleks Makanan Evoke
Turut diambil tindakan ialah seorang penjaja ayam hidup yang menjalankan aktiviti tanpa lesen atau kebenaran sah, melibatkan rampasan sebanyak 8 ekor ayam hidup.
MBSP tidak berkompromi dalam soal pematuhan peraturan. Penguatkuasaan bukan semata-mata tentang tindakan, tetapi tentang memastikan ruang awam digunakan dengan tertib, aktiviti perniagaan dijalankan secara sah dan hak serta keselesaan masyarakat sentiasa dipelihara.
Bagi golongan penjaja, dapatkan lesen dan kebenaran yang sah sebelum berniaga. Jangan tunggu sehingga tindakan penguatkuasaan diambil.
Seberang Perai yang teratur tidak terbina dengan peraturan semata-mata, tetapi melalui kesedaran dan tanggungjawab kita bersama.
MBSP akan terus turun padang, memantau dan mengambil tindakan sewajarnya demi memastikan Seberang Perai kekal sebagai bandar yang selamat, teratur, selesa dan berdaya huni.
                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                     Sumber  :  Majlis Bandaraya Seberang Perai  https://www.facebook.com/mbsp.pg

Artikel/Berita Terkini

PEMBUKAAN PUSAT MEDIA SEMPENA PRU DEWAN UNDANGAN NEGERI MELAKA KE-16

𝐏𝐄𝐌𝐁𝐔𝐊𝐀𝐀𝐍 𝐏𝐔𝐒𝐀𝐓 𝐌𝐄𝐃𝐈𝐀 𝐒𝐄𝐌𝐏𝐄𝐍𝐀 𝐏𝐑𝐔 𝐃𝐄𝐖𝐀𝐍 𝐔𝐍𝐃𝐀𝐍𝐆𝐀𝐍 𝐍𝐄𝐆𝐄𝐑𝐈 𝐌𝐄𝐋𝐀𝐊𝐀 𝐊𝐄-𝟏𝟔Pusat Media Pilihan Raya Umum (PRU) Dewan Undangan Negeri, Negeri Melaka …

AADK NEGERI MELAKA LAKSANA KEMPEN KESEDARAN AWAM

AADK NEGERI MELAKA LAKSANA KEMPEN KESEDARAN AWAM SEMPENA HARI BERTEMU PELANGGAN JABATAN PENDAFTARAN NEGARA NEGERI MELAKA Melaka – Agensi Antidadah …

PERKUKUH SINERGI INSTITUSI, MANTAPKAN KESELAMATAN NEGERI : KETUA POLIS MELAKA

 Melaka – Ketua Polis Melaka, YDH DCP Datuk Wira Dzulkhairi bin Mukhtar, telah mengadakan kunjungan hormat ke atas Tuan Yang …