Berikut adalah maklumat mengenai tips keselamatan semasa berdepan anjing liar. Kehadiran anjing liar di kawasan perumahan sering menimbulkan kebimbangan dalam kalangan masyarakat.
Kehadiran anjing liar ini bukan sahaja menjejaskan keselamatan tetapi berpotensi dalam menyebarkan pelbagai penyakit dan menggugat keselamatan masyarakat setempat.
Antara tips keselamatan semasa berdepan anjing liar yang boleh diambil adalah seperti berikut :-
1. Kekal tenang dan jangan panik, lari atau jerit kerana ini boleh mencabar anjing.
2. Elakkan bertentang mata. Pandang ke arah lain tetapi dalam masa yang sama, perlu perhatikan pergerakan anjing agar dapat berjaga-jaga.
3. Berundur perlahan. Jalan undur perlahan-lahan tanpa membuat sebarang pergerakan pantas.
4. Jadikan objek sebagai perisai seperti meletakkan beg atau payung di antara anda dan anjing.
5. Lapor pihak berkuasa seperti menghubungi pihak berkuasa tempatan untuk aduan tangkapan anjing liar.
Kesimpulannya, menguruskan isu anjing liar memerlukan kerjasama erat antara pihak berkuasa dan komuniti bagi memastikan persekitaran kita kekal selamat dan harmoni.
Sumber: Angkatan Pertahanan Awam Malaysia



