ANWAR TIBA DI SICC PENGERUSIKAN MESYUARAT MTPMA63 2026

Anwar (tujuh, kanan) bersama Hajiji Noor (tujuh, kiri) dan PAbang Johari (enam, kanan) merakam gambar kenangan Mesyuarat MA63di di Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah (SICC) hari ini. – Gambar BERNAMA

KOTA KINABALU: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim tiba di Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah (SICC) di sini pada 8.16 pagi bagi mempengerusikan Mesyuarat Majlis Tindakan Pelaksanaan Perjanjian Malaysia 1963 (MTPMA63) Tahun 2026.

Anwar tiba bersama Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Hajiji Noor dengan menaiki kenderaan yang sama sebelum memasuki pusat konvensyen berkenaan.

Turut hadir Premier Sarawak Tan Sri Abang Johari Tun Openg, Menteri Perpaduan Negara Datuk Aaron Ago Dagang serta Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Sabah dan Sarawak) Datuk Mustapha Sakmud.

Mesyuarat berkenaan dijadualkan bermula pada 8.30 pagi dengan Sabah menjadi tuan rumah bagi pertemuan itu.

Mesyuarat MTPMA63 adalah antara platform penting bagi membincangkan perkembangan pelaksanaan perkara berkaitan Perjanjian Malaysia 1963 (MA63), khususnya yang melibatkan kepentingan Sabah dan Sarawak.

Anwar berada di Sabah bagi lawatan dua hari bermula semalam dengan beberapa program rasmi dijadualkan sepanjang lawatan beliau ke negeri ini.

 

#MalaysiaMadani
#MADANIBekerja
#RancakkanMADANI
#taatsetia
#KeselamatanNegaraTanggungjawabBersama
#mknsabah

 

Sumber: Utusan Borneo Online

Artikel/Berita Terkini

ANWAR SANTUNI MANGSA KEBAKARAN KG NUMBAK

TINJAU: Anwar semasa menyantuni mangsa kebakaran di Kg Numbak. KOTA KINABALU: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini melawat …

KERAJAAN SETUJU TINGKAT NISBAH KERUSI PARLIMEN SABAH, SARAWAK

MENJELASKAN: Anwar (dua kiri) semasa dalam sidang media. KOTA KINABALU: Kerajaan bersetuju meningkatkan nisbah perwakilan Ahli Parlimen Sabah dan Sarawak …

ANWAR TIBA DI SICC PENGERUSIKAN MESYUARAT MTPMA63 2026

Anwar (tujuh, kanan) bersama Hajiji Noor (tujuh, kiri) dan PAbang Johari (enam, kanan) merakam gambar kenangan Mesyuarat MA63di di Pusat …