CULAS BAYAR CUKAI JALAN ?

DASAR KESELAMATAN NEGARA (DKN) 2026-2030

NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 4: TADBIR URUS YANG BAIK

(Integrasi Dasar & Operasi)

Unit Operasi Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Negeri Pulau Pinang membuktikan bahawa tiada siapa yang kebal daripada tindakan undang-undang melalui Operasi Luxury yang di adakan pada 3 September 2026.
Dalam operasi tersebut, sebanyak 11 buah kenderaan mewah pelbagai jenis telah disita serta-merta. Tindakan drastik ini diambil selepas kesemua kenderaan terbabit didapati melakukan kesalahan iaitu Lesen Kenderaan Motor (LKM) telah tamat tempoh dan Tiada Perlindungan Insurans yang sah. Sikap tidak bertanggungjawab pemilik-pemilik kenderaan ini dianggarkan telah mengakibatkan kerugian hasil kerajaan melebihi RM 20 ribu akibat kegagalan memperbaharui cukai jalan.
Antara yang paling mencuri tumpuan dalam sitaan tersebut ialah sebuah supercar Lamborghini Huracan yang dianggarkan bernilai lebih RM 1 juta. Hasil pemeriksaan mendapati kenderaan berkuasa tinggi itu memandu dengan LKM yang telah tamat tempoh sejak Jun 2026. Untuk rekod, nilai LKM (cukai jalan) setahun bagi kenderaan mewah berspesifikasi tinggi seperti ini adalah mencecah RM 12 ribu.
JPJ Pulau Pinang menegaskan bahawa nilai atau status sesebuah kenderaan bukanlah tiket untuk pemiliknya melanggar peraturan. Tindakan Penguatkuasaan undang-undang di bawah Akta Pengangkutan Jalan 1987 akan dilaksanakan secara telus dan agresif tanpa kompromi terhadap mana-mana individu, termasuk pemilik kenderaan mewah.
Pihak berkuasa mengeluarkan amaran keras kepada semua pemilik kenderaan agar tidak culas khususnya golongan berkemampuan yang memiliki kenderaan mewah supaya mematuhi peraturan dan undang-undang jalanraya sedia ada.
                                                                                                                                                                                   Sumber  :  JPJ Negeri Pulau Pinang  https://www.facebook.com/JPJPulauPinang

Artikel/Berita Terkini

PROGRAM JUALAN RAHMAH MADANI

DASAR KESELAMATAN NEGARA (DKN) 2026-2030 NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 4: TADBIR URUS YANG BAIK (Integrasi Dasar & Operasi) Program Jualan …

PROGRAM JUALAN RAHMAH MADANI

DASAR KESELAMATAN NEGARA (DKN) 2026-2030 NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 4: TADBIR URUS YANG BAIK (Integrasi Dasar & Operasi) Program Jualan …

PENUGASAN OP MOTOSIKAL (OP SAMSENG JALANAN) JSPT MELAKA

Melaka – Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik IPD Melaka Tengah telah melaksanakan Op Motosikal (Op Samseng Jalanan) di sekitar daerah …