DASAR KESELAMATAN NEGARA (DKN) 2026-2030
NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 4: TADBIR URUS YANG BAIK
(Integrasi Dasar & Operasi)

Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Negeri Pulau Pinang telah menerima kunjungan hormat daripada Puan Rafidah binti Abdul Rahim, Pengarah Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) Negeri Pulau Pinang, bersama delegasi PERKESO Negeri Pulau Pinang.
Kunjungan ini turut menjadi ruang bagi mempererat jalinan silaturahim serta meneroka peluang kerjasama yang dapat memberi manfaat kepada warga kerja dan masyarakat. Semoga hubungan yang terjalin terus diperkasa demi meningkatkan kualiti penyampaian perkhidmatan kepada rakyat.
Sumber : JPJ Negeri Pulau Pinang https://www.facebook.com/JPJPulauPinang



