LIBAT URUS KESELAMATAN NEGARA – PROGRAM JIWA MERDEKA, DAULAT NEGARA BERSAMA INSTITUT LATIHAN KKM (KEJURURAWATAN) KUALA PILAH

28 Ogos 2026: Bersempena dengan sambutan Hari Kebangsaan, MKN Negeri Sembilan mengambil kesempatan untuk melaksanakan program serampang dua mata dengan melaksanakan satu program dengan dua objektif yang berlainan. Di samping mewujudkan nilai patriotisme dan semangat cintakan negara bersempena dengan Hari Kebangsaan, penganjuran program ini juga bertujuan mewujudkan kesedaran pentingnya  bersama-sama menjaga keselamatan negara daripada pelbagai bentuk ancaman keselamatan di kalangan pelatih Institut Latihan KKM (Kejururawatan) Kuala Pilah yang akan menjadi penjawat awam sebaik sahaja menamatkan latihan mereka kelak.

Program ini juga dilihat dapat memupuk semangat patriotisme dan cintakan negara melalui aktiviti- aktiviti pelatih bersempena dengan sambutan Hari Kebangsaan yang ke 69 dengan tema “Malaysia Madani: Kesejahteraan Dinikmati”  selain menjadi platform untuk pelatih Institut KKM mendekatkan diri dengan agensi keselamatan dan menyalurkan maklumat keselamatan di lapangan apabila diperlukan agensi keselamatan.

Antara pengisian program ini ialah taklimat keselamatan oleh Majlis Keselamatan Negara, Negeri Sembilan, pertandingan drama patriotik sebabak oleh Institut Latihan KKM (Kejururawatan) Kuala Pilah dan nyanyian lagu-lagu patriotisme dan kibaran Jalur Gemilang.

Artikel/Berita Terkini

PROGRAM KEMBARA MERDEKA MALAYSIA MADANI

DASAR KESELAMATAN NEGARA (DKN) 2026-2030 NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 4: TADBIR URUS YANG BAIK (Integrasi Dasar & Operasi)  Pada 26 …

LIBAT URUS KESELAMATAN NEGARA – PROGRAM JIWA MERDEKA, DAULAT NEGARA BERSAMA INSTITUT LATIHAN KKM (KEJURURAWATAN) KUALA PILAH

28 Ogos 2026: Bersempena dengan sambutan Hari Kebangsaan, MKN Negeri Sembilan mengambil kesempatan untuk melaksanakan program serampang dua mata dengan …

PROGRAM ADU IDEA

DASAR KESELAMATAN NEGARA (DKN) 2026-2030 NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 4: TADBIR URUS YANG BAIK (Integrasi Dasar & Operasi)  Program Adu …