Orang ramai diingatkan supaya tidak sewenang-wenangnya memuat turun aplikasi (APK) daripada pautan yang dihantar melalui SMS, WhatsApp atau media sosial kerana ia berisiko menjadi perangkap scammer untuk mencuri data peribadi, OTP/TAC serta mengakses aplikasi perbankan mangsa.
Antara tanda-tanda APK scam ialah aplikasi tidak dimuat turun melalui Google Play Store atau Apple App Store, meminta akses kepada SMS, panggilan telefon dan notifikasi, selain menggunakan alasan seperti saman trafik, bantuan kerajaan, hadiah atau tawaran kerja sambilan bagi memperdaya mangsa.
Sekiranya anda telah tersilap memuat turun aplikasi mencurigakan atau menjadi mangsa penipuan, segera hubungi Pusat Respons Scam Kebangsaan (NSRC) menerusi talian 997 untuk tindakan pantas serta buat laporan polis dengan segera.
Sumber: Jabatan Siasatan Jenayah Komersil – JSJK PDRM



