PERANGKAAN DEMOGRAFI MALAYSIA, SUKU TAHUN KEDUA 2026

Siaran Terkini : 13 Ogos 2026

Gambaran Keseluruhan

 

Sebanyak 90,726 kelahiran direkodkan pada suku tahun kedua 2026, menurun 6.1 peratus berbanding suku tahun kedua 2025. Ini melibatkan kelahiran 46,953 bayi lelaki dan 43,773 bayi perempuan. Nisbah jantina ketika lahir ialah 107 lelaki bagi setiap 100 perempuan. Ibu berumur 30-39 tahun mencatatkan kelahiran hidup tertinggi dengan 47,693 kelahiran (52.6%), diikuti ibu berumur 20-29 tahun (39.7%), 40 tahun dan lebih (5.9%) dan ibu berumur kurang daripada 20 tahun (1.8%).

Sebanyak 49,827 kematian telah direkodkan pada suku tahun kedua 2026, meningkat 0.6 peratus berbanding suku tahun kedua 2025 (49,552 kematian). Bilangan kematian bagi lelaki adalah 28,390 manakala 21,437 kematian bagi perempuan. Nisbah jantina kematian ialah 132 lelaki bagi setiap 100 perempuan. Penduduk berumur 60 tahun dan lebih merekodkan bilangan kematian tertinggi dengan 35,525 kematian (71.3%), diikuti 41-59 tahun (19.9%), 15-40 tahun (6.9%) dan 0-14 tahun (1.9%).

Penduduk Malaysia dianggarkan 34.4 juta berbanding 34.2 juta pada suku tahun kedua 2025 dengan pertumbuhan 0.5 peratus. Komposisi penduduk pada suku tahun kedua 2026 terdiri daripada 31.0 juta (90.2%) Warganegara dan 3.4 juta (9.8%) Bukan Warganegara. Penduduk lelaki meningkat kepada 18.0 juta daripada 17.9 juta pada suku tahun kedua 2025 dan penduduk wanita meningkat kepada 16.4 juta daripada 16.3 juta dalam tempoh yang sama. Nisbah jantina keseluruhan penduduk ialah 110 lelaki bagi setiap 100 perempuan manakala nisbah jantina bagi Warganegara ialah 102 lelaki bagi setiap 100 perempuan. Komposisi penduduk umur tua (65 tahun dan lebih) meningkat daripada 8.0 peratus kepada 8.4 peratus pada suku tahun kedua 2026. Sementara itu, penduduk umur muda (0-14 tahun) merekodkan penurunan daripada 21.6 peratus kepada 21.2 peratus. Penduduk umur bekerja (15-64 tahun) kekal dengan 70.4 peratus bagi tempoh yang sama.

Sumber: Jabatan Perangkaan Malaysia

Artikel/Berita Terkini

KAWALAN KESELAMATAN SEMPADAN MARITIM KUDAT PERLU DIPERKUKUH

MESRA: Hajiji diiringi Setiausaha Kerajaan Negeri Datuk Zainudin Aman berbual dengan barisan tertinggi polis Sabah selepas mesyuarat. KOTA KINABALU: Kerajaan …

HAJIJI TERIMA KUNJUNGAN HORMAT SETIAUSAHA PERSEKUTUAN SABAH BAHARU

CENDERAMATA: Hajiji menerima cenderamata daripada Zul Hadi semasa kunjungan hormat di Menara Kinabalu, hari ini. KOTA KINABALU: Ketua Menteri, Datuk …

PRN MELAKA KE 16 : PDRM KONTINJEN MELAKA PERKUKUH SINERGI STRATEGIK DEMI KESELAMATAN DAN KETENTERAMAN AWAM

Melaka – Ketua Polis Melaka, YDH DCP Datuk Wira Dzulkhairi bin Mukhtar, telah menghadiri Majlis Taklimat Pilihan Raya Negeri (PRN) …