NURUL SYASYA HADIAHKAN EMAS UNTUK MELAKA

Ayer Keroh – Atlet angkat berat Melaka, Nurul Syasya Khairina Syamsur menebus kekecewaan pada edisi terdahulu apabila berjaya meraih pingat emas dalam acara Angkat Berat Wanita 69 kilogram (kg) pada  Sukan Malaysia (SUKMA) Selangor 2026, hari ini.

Nurul Syasya, 17, berkata, kejayaan itu cukup bermakna selepas dia mendapat sokongan padu daripada ibu bapa dan ahli  keluarga yang sanggup hadir di Dewan Seri Cempaka MPKJ.

“Pastinya saya amat bersyukur dan gembira dengan kejayaan hari ini kerana saya dapat tebus kembali kekecewaan pada SUKMA lalu apabila tidak dapat mengekalkan pingat emas.

“Alhamdulillah, pada SUKMA ini rezeki saya mendapat tempat pertama, sekali gus dapat mengharumkan nama Melaka.

“Kejayaan merangkul pingat emas ini juga adalah hasil sokongan bukan sahaja daripada jurulatih tetapi ibu bapa, ahli keluarga serta saudara mara yang sanggup datang untuk memberikan semangat,” katanya kepada Melaka Hari Ini.

Atlet dari Nyalas itu berkata, sepanjang berlangsungnya kejohanan dia berdepan saingan dari atlet Sarawak yang menjadi pencabar terdekatnya sebelum berjaya mengumpul angkatan keseluruhan 182 kg.

“Sebenarnya semasa ‘snatch’ saya hampir dikalahkan tetapi saya tetap fokus dan kejar kembali semasa ‘clean and jerk’ sebelum berjaya mengetepikan saingan.

“Ini adalah penyertaan ketiga di SUKMA dan pastinya kemenangan ini menjadi hadiah yang cukup bermakna buat diri saya. Saya juga ingin merakamkan penghargaan dan terima kasih kepada semua pihak yang sentiasa memberikan sokongan, dorongan serta semangat kepada saya sehingga berjaya mencapai tahap ini,” katanya.

Sumber : Melaka Hari Ini (MHI)

Artikel/Berita Terkini

PERKUKUH SINERGI PENGUATKUASAAN DAN KESELAMATAN KAWASAN PERAIRAN MELAKA

Melaka – Ketua Polis Melaka, YDH DCP Datuk Wira Dzulkhairi bin Mukhtar, mengetuai lawatan kerja bersama agensi strategik ke Rumah …

Barah Judi Atas Talian di Kalangan Belia Membimbangkan: Impak dan Langkah Menangani

Isu perjudian dalam talian (judi online) di Malaysia kini semakin membarah dan menjadi barah sosial dalam kalangan belia. Berdasarkan kenyataan …

Kenderaan Rosak Tersadai Di Parkir Awam dan Tepi Jalan: Impak dan Langkah Menangani

Fenomena kenderaan rosak, buruk dan terbiar yang ditinggalkan di petak parkir awam, PPR dan bahu jalan semakin kritikal.Di seluruh negara, …