PEMBUDAYAAN NORMA BAHARU BERSAMA KEPIMPINAN MASYARAKAT ORANG ASLI

JASIN – Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA) Negeri Sembilan/Melaka dengan kerjasama Majlis Keselamatan Negara (MKN) Negeri Melaka telah mengadakan Program Pembudayaan Norma Baharu bersama Kepimpinan Masyarakat Orang Asli Negeri Melaka pada Sabtu lalu bertempat di Perkampungan Orang Asli Air Dusun, Jasin.

Objektif utama pelaksanaan program tersebut adalah untuk meningkatkan kesedaran kawalan kendiri dalam kalangan masyarakat Orang Asli untuk menjaga kebersihan diri dan mematuhi garis panduan yang telah ditetapkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan Majlis Keselamatan Negara (MKN). Dalam program tersebut, barisan kepimpinan yang terdiri dari Tok Batin dan Jenang diberikan pendidikan khusus oleh Jabatan Kesihatan Negeri Melaka tentang bagaimana menjalani kehidupan dengan norma yang baharuĀ  di samping bersama membantu Kerajaan dalam mengekang penularan wabak COVID19 di Malaysia.

Turut hadir, Penghulu DUN Machap Jaya mewakili Penyelaras DUN Machap Jaya, Pengarah Keselamatan Negeri, MKN Negeri Melaka dan Pengarah JAKOA Negeri Sembilan/Melaka.

Artikel/Berita Terkini

SELAMATKAN DIRI DENGAN UBAH KEPADA GAYA HIDUP SIHAT

Kesihatan aset penting dalam kehidupan manusia dan menjadi aspek utama dalam kesejahteraan dan kemakmuran masyarakat atau negara. Tanpa disedari, corak …
Maklumat Lanjut

KEPKAS AMBIL TINDAKAN SUSULAN INSIDEN PELANCONG CHINA CEDERA AKTIVITI PARAGLIDING DI RANAU

KOTA KINABALU (30 April): Kementerian Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar melalui agensinya Lembaga Pelancongan Sabah (STB) sedang membuat susulan berhubung …
Maklumat Lanjut

PESTA KAAMATAN MENGINGATKAN SEMUA UNTUK BERUSAHA LEBIH GIAT LAGI: HAJIJI

RANAU (1 Mei): Sambutan Pesta Kaamatan memberi peringatan kepada semua pihak untuk berusaha dengan lebih giat lagi bagi meningkatkan keberhasilan …
Maklumat Lanjut