Orang ramai dinasihatkan agar sentiasa berwaspada terhadap sindiket penipuan yang menyamar sebagai pegawai Sumbangan Tunai Rahmah (STR) atau Sumbangan Asas Rahmah (SARA) menggunakan nombor telefon yang menyerupai talian rasmi.
❌ JANGAN sesekali berkongsi:
• Nombor MyKad
• Nombor akaun bank
• Kod TAC/OTP
• Kata laluan atau PIN perbankan
• Maklumat peribadi dan kewangan
Ingat!
✅ Kementerian Kewangan tidak melantik mana-mana pihak ketiga untuk menggunakan talian rasmi STR/SARA.
✅ Kementerian Kewangan tidak akan meminta sebarang bayaran bagi urusan berkaitan STR atau SARA.
Fikir dahulu sebelum berkongsi maklumat. Lindungi diri anda daripada menjadi mangsa penipuan.
Sumber : Kementerian Kewangan
#JanganKenaScam



