Pengurusan dan kawalan pergerakan fail merupakan elemen penting dalam memastikan keselamatan, kerahsiaan dan integriti rekod kerajaan sentiasa terpelihara, khususnya semasa pelaksanaan Hari Bekerja Hibrid (HBH).
Infografik ini disediakan bagi memberi panduan ringkas dan jelas berkaitan prosedur membawa keluar fail dari pejabat semasa tempoh Hari Bekerja Hibrid (HBH). Prosedur ini merangkumi keperluan mendapatkan kelulusan, merekodkan pergerakan fail, memastikan keselamatan dan kerahsiaan fail serta memulangkan fail dalam keadaan lengkap dan baik.
Pematuhan terhadap prosedur ini amat penting bagi memastikan setiap pergerakan fail dapat dikawal dan direkodkan dengan teratur, sekali gus mengurangkan risiko kehilangan, kerosakan atau akses tanpa kebenaran terhadap rekod rasmi kerajaan.
Sumber: Arkib Negara Malaysia



