Setiap kata yang diucapkan membawa makna. Setiap tutur bicara meninggalkan kesan.
Kata-kata yang baik mampu menyatukan hati, mengeratkan hubungan dan menyemai rasa hormat sesama kita. Sebaliknya, kata-kata yang kasar mampu melukakan hati serta merenggangkan silaturahim.
Marilah kita membudayakan komunikasi yang berhemah dalam setiap urusan di rumah, di tempat kerja, di sekolah mahupun di media sosial. Fikir sebelum berkata, pilih perkataan yang membina, dan jadilah pencetus suasana yang positif.
Sebarkan kebaikan melalui tutur kata, kerana perpaduan bermula dengan komunikasi yang penuh hormat.
#Cakap BaikBaik #Komunikasi Berhemah
#Sebarkan Kebaikan #Bahasa Mencerminkan Peribadi #Hormat Menghormati
Sumber : Kementerian Perpaduan Negara
InfoGrafik : Komunikasi Berhemah



