MyCERT mengesan penyebaran fail berbahaya melalui WhatsApp Web dan WhatsApp Desktop. Jangan mudah mempercayai fail atau pautan yang diterima, walaupun ia kelihatan dihantar oleh kenalan anda. Akaun mereka mungkin telah dikompromi.
Sebelum membuka sebarang fail:
Sahkan dengan pengirim.
Jangan muat turun fail daripada sumber yang tidak dikenali.
Pastikan antivirus dan sistem operasi sentiasa dikemas kini.
Laporkan sebarang aktiviti mencurigakan kepada pihak berkuasa.
Lindungi data peribadi, organisasi dan keluarga anda.
Keselamatan siber bermula dengan tindakan kita hari ini.
Sumber: Laman FB E-Security & Privacy Media (ESPM)
ESPM – E-Safety & Privacy Media Cyber Safety For All



