EL NINO BERLARUTAN, JPS SEDIA 606 PAM KECEMASAN

Krisis air yang pernah melanda negara tidak boleh dipandang ringan. Fenomena El Nino yang diramal berlanjutan sehingga awal 2027 berisiko menjejaskan bekalan air domestik, sektor pertanian dan industri di pelbagai kawasan seluruh negara.

Jabatan Meteorologi Malaysia (MET Malaysia) menerusi kemas kini Tinjauan Cuaca Jangka Panjang menjangkakan taburan hujan yang lebih rendah.

Antara kawasan yang terdedah kepada risiko kemarau termasuk pantai barat, timur dan selatan Semenanjung, bahagian tengah hingga barat Sarawak serta timur Sabah.

Sejarah mencatatkan krisis El Nino 1997–1998 pernah menyukarkan hampir 3.2 juta penduduk Lembah Klang akibat catuan air berlanjutan hampir enam bulan susulan penyusutan Empangan Klang Gates dan Empangan Langat.

Episod kemarau pada 2006, 2014 dan 2024 turut membuktikan perlunya tindakan awal dan pengurusan air secara cekap.

Tindakan pantas, aset kecemasan

Mengulas kesiapsiagaan negara, Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) di bawah Kementerian Peralihan Tenaga dan Transformasi Air (PETRA) kini berada pada tahap tertinggi berteraskan Dasar Air Negara (DAN).

Berpandukan Arahan NADMA No. 1 Tahun 2024 dan Garis Panduan Pengendalian Bencana Kemarau dan Musim Kering (2025), JPS menggalas tanggungjawab membekalkan maklumat hidrologi dan menyalurkan bantuan teknikal di semua peringkat.

Sebanyak 606 unit pam kecemasan mudah alih pelbagai spesifikasi ditempatkan di lokasi strategik seluruh negara dan sedia digerakkan ke kawasan terjejas dalam tempoh 24 jam menerusi Program Penyelenggaraan Pencegahan (Preventive Maintenance).

Aset pam ini bukan sahaja berfungsi menyalurkan air ke kawasan pertanian, skim pengairan dan kawasan terjejas, malah menyokong Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) bagi pemadaman kebakaran hutan serta tanah gambut.

Sebagai contoh, pam berkapasiti 140 liter sesaat dipasang di Kampung Mak Chili, Kemaman bagi menangani kebakaran tanah gambut di kawasan berkenaan.

Pemantauan masa nyata, teknologi digital

Bagi memantau sumber air secara masa nyata, JPS menyelia 56 empangan di seluruh negara merangkumi seliaan JPS, Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM), Jabatan Air Negeri Sabah (JANS) serta Bahagian Kawal Selia Air Negeri (BKSA).

Maklumat paras air, kadar alir sungai dan taburan hujan diakses secara menerusi Portal InfoKemarau serta sistem Reservoir Information Management System (RIMS).

Selain itu, platform National Water Balance Management System (NAWABS) yang kini beroperasi di tujuh lembangan sungai utama termasuk Sungai Kedah, Sungai Muda, Sungai Bernam, Sungai Klang, Sungai Melaka, Sungai Kelantan dan Sungai Similajau berupaya meramal ketersediaan air sehingga dua bulan ke hadapan serta memberi amaran awal seawal 14 hari.

Sistem ini sedang diperluaskan ke 12 lagi lembangan sungai dan dijangka siap sepenuhnya menjelang 2028.

Laporan Taksiran Sumber Air yang disediakan secara mingguan turut dikongsi bersama Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA), PETRA, Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN) serta JPS negeri.

Data ini menjadi rujukan penting bagi menentukan tindakan mitigasi seperti pembenihan awan yang dilaksanakan bersama MET Malaysia dan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) di kawasan tadahan air.

Selaras dengan Pelan Hala Tuju Transformasi Sektor Air Negara (AIR 2040), JPS turut mengintegrasikan teknologi Supervisory Control and Data Acquisition (SCADA) dan Pump Tracking System.

Langkah pendigitalan ini memastikan sebarang risiko kerosakan aset atau pintu air dapat dikesan awal demi mengelakkan gangguan bekalan air kepada pengguna.

Pemasangan pam berkapasiti 140 liter sesaat di Kampung Mak Chili, Kemaman pada 4 April 2026 bagi menyokong operasi JBPM dalam menangani kebakaran tanah gambut. – Foto JPS

 

Sumber : https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2026/08/1396431/el-nino-berlarutan-jps-sedia-606-pam-kecemas

Artikel/Berita Terkini

PERLUASAN KUGGP DICADANG MELIPUTI TUARAN

TINJAU: Jafry Membuat Tinjauan Semasa Di Majlis Itu.  TUARAN: Kerajaan negeri sedang meneliti cadangan untuk memperluaskan Kinabalu UNESCO Global Geopark …

12 DITAHAN, SINDIKET TIPU BOMOH CINA RUGIKAN MANGSA RM600,000

MOHD AZHAR  KOTA KINABALU: Sindiket ‘bomoh Cina’ yang menawarkan khidmat rawatan tradisional dan upacara keagamaan bagi menghindarkan perkara yang dipercayai …

SIRI TRIVIA HARI KEBANGSAAN 2026 | PANDUAN PENGGUNAAN DAN PENGGANTUNGAN JALUR GEMILANG

Mengibarkan Jalur Gemilang bukan sekadar mencipta suasana sambutan, tetapi merupakan tanda hormat, cinta dan setia kepada tanah air. Ramai yang …