PEMBUDAYAAN NORMA BAHARU

PROGRAM PENYAMPAIAN KAIN RENTANG DAN BUNTING PEMBUDAYAAN NORMA BARU DI DAERAH SABAK BERNAM DAN DAERAH KUALA SELANGOR

SABAK BERNAM – Penularan wabak COVID-19 telah memberi impak yang besar kepada kelangsungan hidup, keselamatan dan kesihatan di dalam komuniti. Kawalan pergerakan dan limitasi yang dikuatkuasa dalam beberapa perkara bagi tujuan menjaga kesihatan komuniti perlu dibuat bagi membendung perebakan wabak ini. Komuniti seharusnya memahami bahawa wabak COVID-19 akan terus berada di kalangan dan persekitaran  sehingga vaksin dapat ditemui.

Memandangkan tiada pilihan lain, amalan norma baru kehidupan dalam suasana wabak COVID-19 yang masih menular perlu diperkukuhkan di kalangan masyarakat dan komuniti setempat. SOP dan peraturan penjarakan fizikal, amalan kebersihan, pemakaian pelitup muka di samping menjauhi 3C (crowded places, confined spaces dan close conversation) perlu menjadi amalan di setiap masa tanpa kompromi.

Menyedari keperluan pembudayaan norma baru ini perlu diterapkan di peringkat akar umbi, MKN Selangor telah mengambil inisiatif untuk menempatkan kain rentang dan bunting pembudayaan norma bagi membendung penularan wabak COVID-19 kepada Pejabat Daerah Sabak Bernam dan Pejabat Daerah Kuala Selangor pada 27 November 2020.  Majlis penyampaian telah disempurnakan oleh Puan Faizatul Aini Mohd Adnan Pengarah MKN Negeri Selangor dan penerimaan oleh YBrs. Tuan  Nasir bin Mamat, Pegawai Daerah Sabak Bernam dan YBrs. Tuan Faizal bin Raji, Pegawai Daerah Kuala Selangor. Kain rentang dan bunting akan dipasang dan diletakkan di tempat-tempat strategik bagi memberi peringatan kepada komuniti untuk mematuhi SOP dan garis panduan yang telah ditetapkan oleh kerajaan.

 

Artikel/Berita Terkini

600 ANJING TERBIAR DITANGKAP SETAKAT MEI – MBS

Sebanyak 600 ekor anjing terbiar telah berjaya ditangkap oleh kontraktor yang dilantik Majlis Bandaraya Seremban (MBS) dalam tempoh lima bulan …
Maklumat Lanjut

PROGRAM SEKOLAH ANGKAT MADANI

 Inisiatif ini menghimpunkan tenaga Kerajaan MADANI, Syarikat Pelaburan Berkaitan Kerajaan, Syarikat Berkaitan Kerajaan dan sektor swasta.  Setiap organisasi yang mengambil …
Maklumat Lanjut

BELI RUMAH MAMPU MILIK BANTU ASNAF DI BAWAH RUMAH MAWADDAH

Kerajaan negeri melalui Majlis Agama Islam Negeri Sembilan (MAINS) merancang pembelian rumah mampu milik untuk bantuan perumahan asnaf di bawah …
Maklumat Lanjut