KEMURUNGAN DIGITAL MEMPENGARUHI KEHIDUPAN

Kemurungan digital atau digital depression kini menjadi isu yang semakin membimbangkan dalam kalangan masyarakat, terutama golongan remaja dan dewasa muda. Ia merujuk kepada tekanan emosi dan kesihatan mental yang timbul akibat penggunaan media sosial dan teknologi digital secara berlebihan.

Salah satu punca utama kemurungan digital adalah perbandingan sosial. Di media sosial, kita sering melihat paparan kehidupan orang lain yang nampak sempurna – kerja bagus, percutian mewah, hubungan bahagia. Tanpa sedar, kita mula membandingkan diri sendiri dan berasa rendah diri. Lama-kelamaan ini mencetuskan rasa tidak puas hati, cemburu dan rasa gagal dalam diri.

Selain itu, budaya “mahu cepat viral” dan ketagihan notifikasi juga memberi kesan. Ramai yang rasa cemas apabila like dan komen sedikit, atau takut tertinggal maklumat jika tidak scroll telefon setiap masa. FOMO – Fear of Missing Out – membuatkan kita sentiasa lekat dengan skrin sehingga waktu tidur dan hubungan sebenar terabai. Kurang tidur, kurang bersosial secara fizikal, dan kurang bergerak akhirnya menjejaskan kesihatan mental dan fizikal.

Kemurungan digital juga mempengaruhi produktiviti dan hubungan. Di tempat kerja atau belajar, tumpuan mudah pecah kerana asyik memeriksa telefon. Di rumah, perbualan dengan keluarga diganti dengan menunduk pada skrin. Hubungan menjadi renggang dan rasa kesunyian semakin bertambah walaupun kita “berkawan” dengan ratusan orang di alam maya.

Namun kemurungan digital boleh dicegah. Langkah pertama adalah kesedaran diri. Tetapkan had masa penggunaan media sosial, contohnya 1 jam sehari. Gunakan ciri digital wellbeing di telefon untuk pantau masa skrin. Luangkan masa untuk aktiviti luar talian seperti bersenam, membaca, atau berjumpa rakan secara bersemuka.

Paling penting, ingat bahawa apa yang dipaparkan di media sosial bukan gambaran sebenar 100%. Setiap orang ada cabaran masing-masing. Hargai diri sendiri dan kehidupan sebenar yang kita miliki.

Kesedaran untuk memilih ruang lingkup digital yang sekadar mencukupi perlu terutama di kalangan pelajar di bangku persekolahan. Kes-kes yang terjadi kebelakangan ini melibatkan pelajar ‘terjatuh’ bangunan perlu diberi perhatian dan disiasat secara telus demi memastikan kes sebegini tidak berulang dan paling penting bukan dipengaruhi oleh kemurungan digital.

Teknologi sepatutnya memudahkan hidup, bukan membebankan. Jika kita bijak mengawal penggunaannya, kemurungan digital dapat dielakkan dan kehidupan akan jadi lebih seimbang dan sihat.

Sumber : https://www.bharian.com.my/sihat/2025/12/1488036/fomo-tingkatkan-kemurungan

Artikel/Berita Terkini

PERLUASAN KUGGP DICADANG MELIPUTI TUARAN

TINJAU: Jafry Membuat Tinjauan Semasa Di Majlis Itu.  TUARAN: Kerajaan negeri sedang meneliti cadangan untuk memperluaskan Kinabalu UNESCO Global Geopark …

12 DITAHAN, SINDIKET TIPU BOMOH CINA RUGIKAN MANGSA RM600,000

MOHD AZHAR  KOTA KINABALU: Sindiket ‘bomoh Cina’ yang menawarkan khidmat rawatan tradisional dan upacara keagamaan bagi menghindarkan perkara yang dipercayai …

SIRI TRIVIA HARI KEBANGSAAN 2026 | PANDUAN PENGGUNAAN DAN PENGGANTUNGAN JALUR GEMILANG

Mengibarkan Jalur Gemilang bukan sekadar mencipta suasana sambutan, tetapi merupakan tanda hormat, cinta dan setia kepada tanah air. Ramai yang …