DASAR KESELAMATAN NEGARA (DKN) 2026-2030
NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 4: TADBIR URUS YANG BAIK
(Integrasi Dasar & Operasi)

Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang (MAINPP) menerusi Zakat MAINPP telah menaja penyertaan enam usahawan asnaf dalam Penang International Halal Expo (PIHEX) 2026 yang berlangsung pada 24 hingga 26 Julai 2026 di Politeknik Seberang Perai.
Dengan nilai tajaan keseluruhan sebanyak RM25,200, inisiatif ini meliputi penyewaan enam tapak perniagaan, penyediaan bahan promosi serta sokongan pemasaran produk. Usahawan yang terlibat ialah:
– Loyang Maju Enterprise
– Si Saloma Enterprise
– SUQ Halawa Enterprise
– Dodol Warisan Mak Tom
– Sloth Bar Coffee Shop
– Infinity Flavours Enterprise
Penyertaan ini membuka ruang kepada usahawan asnaf untuk memperkenalkan produk, meluaskan jaringan perniagaan serta meneroka peluang pasaran baharu bersama pemborong, pengedar dan pemain industri halal. Komitmen MAINPP tidak terhenti pada pemberian modal dan latihan, malah turut merangkumi penyediaan platform pemasaran sebenar agar usahawan asnaf mampu meningkatkan daya saing, membina perniagaan yang mampan dan seterusnya keluar daripada lingkaran kemiskinan.
Sumber : Zakat MAINPP https://www.facebook.com/zakatmainpp



