TAYAR SIMPANAN : KECIL TAPI PENYELAMAT BESAR!

Ramai pemandu hanya memberi perhatian kepada tayar utama, namun terlupa untuk memeriksa tayar simpanan. Seharusnya tayar simpanan juga perlu diberi perhatian kerana tayar simpanan amat penting ketika berlaku kecemasan seperti tayar pancit atau pecah di tengah perjalanan.

Bagi pemandu kenderaan, anda perlu pastikan beberapa aspek yang perlu diperiksa bagi tayar simpanan. Antaranya :

  • Pastikan tayar simpanan mempunyai tekanan angin yang mencukupi;
  • Periksa keadaan fizikal tayar dan pastikan tiada kerosakan atau rekahan;
  • Pastikan peralatan seperti jek dan spanar tayar berada dalam keadaan baik dan lengkap; dan
  • Lakukan pemeriksaan secara berkala walaupun tayar simpanan tidak digunakan.

Ingat, tayar simpanan bukan untuk digunakan bagi perjalanan yang jauh atau dipandu pada kelajuan yang tinggi. Fungsi tayar simpanan lebih kepada penyelesaian sementara sebelum tayar utama dibaiki atau diganti.

Marilah kita sama-sama luangkan sedikit masa untuk memeriksa tayar simpanan masing-masing demi keselamatan semua. Jangan tunggu tayar pancit baru teringat tayar simpanan. Sedikit usaha ini mungkin menjadi penyelamat ketika berdepan situasi yang tidak dijangka.

Sumber : Media Sosial Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Terengganu

 

Artikel/Berita Terkini

507 GERAN TANAH PANTAS DISERAH KEPADA PENDUDUK SEMBILAN KAMPUNG DI KADAMAIAN

GERAN: Ewon menyampaikan geran tanah PANTAS kepada wakil penduduk kampung. KOTA BELUD: Sebanyak 507 geran tanah di bawah Program Perkhidmatan …

MASIDI MAHU SEKTOR AGROMAKANAN TERUS JADI PEMACU EKONOMI SABAH

PERJUMPAAN: Masidi mengadakan perjumpaan khas di bilik mesyuarat MOF Sabah. KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri II merangkap Menteri Kewangan Sabah, …

TPNS SALUR RM40 JUTA BANTU 27,781 PELAJAR SABAH

PRIHATIN: Hajiji menyampaikan Bantuan Pendidikan One-Off (Ijazah Sarjana Muda) kepada wakil penerima pada majlis itu. KOTA KINABALU: Tabung Pendidikan Negeri …