DASAR KESELAMATAN NEGARA (DKN) 2026-2030
NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 4: TADBIR URUS YANG BAIK
(Integrasi Dasar & Operasi)

Program Gaya Hidup Sihat Peringkat IPD SPT – aktiviti senamrobik telah dijalankan di Perkarangan IPD SPT pada pagi ini. Tujuan utama program ini adalah untuk memupuk budaya serta gaya hidup sihat di kalangan seluruh warga PDRM IPD Seberang Perai Tengah demi memantapkan mutu perkhidmatan kepada masyarakat.
Turut hadir pada program ini adalah YDH SUPT Norazizi bin Saad, Timbalan Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah bersama Ketua-ketua Bahagian dan Ketua Polis Balai. Seramai 126 orang terdiri daripada Pegawai Kanan Polis, Pegawai Rendah Polis serta Pegawai Awam telah hadir bagi menjayakan program tersebut.
Sumber : IPD Seberang Perai Tengah https://www.facebook.com/profile.php?id=100064590470520



