DASAR KESELAMATAN NEGARA (DKN) 2026-2030
NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 4: TADBIR URUS YANG BAIK
(Integrasi Dasar & Operasi)

Sikap segelintir pemandu warga asing yang masih degil dan melampau mencabar undang-undang jalan raya negara terus mengundang padah. Dalam tempoh lebih sebulan, Unit Operasi Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Negeri Pulau Pinang telah memperhebatkan Ops Pemandu Warga Asing (PeWA) bagi mengekang penularan trend salah laku tersebut.
Operasi berterusan yang dijalankan sejak 16 Jun 2026 sehingga hari ini, 30 Julai 2026, memfokuskan kepada kawasan-kawasan panas termasuk operasi terbaharu yang diadakan di Bulatan Seberang Jaya. Sekatan jalan raya yang bermula dari jam 7.00 pagi sehingga 10.00 pagi itu menyaksikan ramai pemandu warga asing gagal menunjukkan dokumen yang sah.
Sepanjang tempoh operasi dari 16 Jun sehingga hari ini, sebanyak 587 saman telah dikeluarkan kepada pemandu warga asing atas pelbagai kesalahan utama. Antara kesalahan serius yang dikesan termasuklah memandu tanpa lesen memandu, Lesen Kenderaan Motor (LKM) tamat tempoh, serta tiada perlindungan insurans.
Selain dari itu, tindakan sita kenderaan serta-merta telah dilaksanakan. Sepanjang operasi ini, JPJ berjaya menyita sebanyak 91 buah motosikal, 14 buah kereta, dan 2 buah lori yang dipandu oleh warga asing.
Sumber : JPJ Negeri Pulau Pinang https://www.facebook.com/JPJPulauPinang



